Friday, March 6, 2009

Cinta Jangan Kau Pergi 8

Azhari mundar-mandir di hadapan pintu wad kecemasan Hospital Tawakal.Panggilan telefon daripada rakan sepejabat Rina mengatakan Rina pengsan di pejabat merisaukannya.Lantas Toyota Harrier di pandu dengan rasa tidak sabar.Dia tahu akhir-akhir ini hubungannya dengan Rina bertambah baik.Rina sudah mula bercakap dengan lembut dengannya.Tiada lagi tengkingan dan makian apabila kehendaknya tidak dipenuhi.Azhari tidak tahu apa yang berlaku yang menyebabkan Rina berubah.Namun,kini dia rasa lebih dihargai sebagai suami di sisi Rina.Dalam diam Azhari bersyukur dengan perubahan Rina.

Bunyi pintu bilik kecemasan yang dibuka menyedarkan Azhari daripada lamunannya.Segera dia menghampiri doktor yang baru keluar daripada bilik tersebut.


“Doktor,bagaimana keadaan isteri saya?” Walaupun hatinya resah namun cuba disabarkan hatinya.

“Alhamdulillah,isteri encik tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk.Cuma dahinya saja yang lebam akibat terhantuk bucu meja.Namun,encik jangan risau kerana isteri encik dalam keadaan baik.Tapi buat masa ini,kami telah beri suntikan agar dia berehat.” Kata doktor yang baru keluar tadi.

Azhari mengucap syukur di dalam hatinya setelah mendengar kata-kata tersebut.Namun belum sempat dia membuka mulutnya untuk bertanyakan sesuatu,kata-kata yang keluar dari mulut doctor tersebut membuatkannya tergamam.

“Oh ya.Sebelum itu,saya nak ucapkan tahniah.Isteri encik sedang mengandung 7 minggu.Namun begitu,ada perkara yang ingin saya bincangkan dengan encik.Kalau encik tidak keberatan,mari kita ke bilik saya untuk berbincang.” Penuh debar Azhari mengikuti doctor tersebut ke biliknya.

Malam itu Azhari menemankan Rina di wad.Sedaya upaya diukirkan senyuman untuk isterinya bagi mengelak daripada dicurigai Rina.Namun kata-kata Doktor Mazlan petang tadi tetap terngiang-ngiang di telinganya.

“Puan Rina sebenarnya mempunyai rahim yang tidak kukuh.Oleh itu,saya menasihatkan Encik Azhari agar mengugurkan kandungan tersebut kerana dikuatiri akan menjejaskan kesihatan Puan Rina.Lazimnya dalam kes ini,kalau ibu berkeras untuk meneruskan kandungannya,peratus untuk anak dan ibu hidup adalah sangat tipis.”Terdiam Azhari mendengarnya.

“Adakah masih ada peluang untuk kami menimbang cahaya mata lagi sekiranya kandungan ini digugurkan?”

“Lazimnya hanya 5 peratus sahaja yang berjaya.Itupun nasib.Tapi Encik Azhari jangan bimbang sekiranya Puan Rina bersetuju untuk mengugurkan kandungan ini,Encik Azhari masih boleh mengupah ibu tumpang.Kes ini hanya berlaku di Negara barat.Itu pun sekiranya Encik Azhari berhajat untuk mendapatkan zuriat daripada darah daging sendiri.”

Doktor Mazlan memainkan pen di tangannya apabila di lihat Azhari seolah hanyut dalam khayalan.Dengan perlahan di tepuk lembut bahu kiri Azhari.Doktor Mazlan memahami perasaan bakal bapa di hadapannya ini.

“Namun,Encik Azhari jangan bimbang.Sekiranya Encik Azhari dan Puan Rina masih nekad untuk meneruskan kandungan itu,Encik Azhari hendaklah bekerjasama dengan kami dalam mengawal dan memerhatikan pergerakan Puan Rina.Kemungkinan besar,sepanjang kandungan ini menuju ke usia matang,Puan Rina perlu dimasukkan ke dalam wad.Hal ini bagi memastikan Puan Rina mendapat rawatan intensif dan rapi kerana keadaan badannya yang agak lemah.”

“Saya harap Encik Azhari dapat memberikan kata putus secepat mungkin kerana jika kita lambat membuat rawatan susulan dengan segera,dibimbangkan kesihatan Puan Rina akan lambat pulih seperti yang dijangkakan.” Selepas menyudahkan ayat tersebut Doktor Mazlan terus bangun daripada kerusinya dan menuju ke pintu.Melihat Doktor Mazlan bangun,Azhari segera bangkit dari duduknya.Doktor Mazlan mengiringi Azhari sehingga ke luar biliknya.

“Saya terpaksa pergi dahulu.Saya harap Encik Azhari dapat membuat keputusan dengan bijak.Kita sebagai orang islam,bila dalam keadaan seperti ini,wajarlah kita bermohon kepada-Nya agar diberi petunjuk agar keputusan yang bakal kita amik tidak akan membuatkan kita menyesal di kemudian hari.Kita juga kena percaya dengan Qada’ dan Qadarnya kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Saya minta diri dulu Encik Azhari,Assalamualaikum.” Selepas bersalam dengan Azhari,doktor muda itu terus berjalan kearah pintu wad kecemasan.

Azhari yang masih berdiri di luar pejabat Doktor Mazlan hanya memerhati.Dia merasakan semangatnya lumpuh apabila mengingatkan kata-kata Doktor Mazlan tadi yang telah membunuh sebahagian besar harapannya untuk bergelar seorang ayah.


Di pandang wajah comel yang berada di pangkuan Azhari itu.Hatinya mula rasa tidak enak.Anak siapakah itu?Tidak mungkin anakku?Aku memang tidak mahu mengandung.Bayi itu tersenyum memandangnya,Azhari juga melemparkan senyuman bangga.Hati Rina terhiris.Namun dalam masa yang sama,disudut kecil hatinya mula terpikat dengan wajah comel itu.Naluri keibuannya tersentuh.Rina cuba melangkah ke arah Azhari.Namun semakin dia mendekati Azhari,semakin dia merasakan Azhari semakin jauh meninggalkannya.Bayi yang berada di pangkuan Azhari juga seakan-akan cuba menjatuhkan diri daripada pegangan Azhari.Gayanya seperti mahu dirinya didukung oleh Rina.
Rina cuba berlari apabila merasakan Azhari semakin jauh.Kenapa Azhari menjauhkan diri daripadanya dan mengelak dirinya mendekati bayi tersebut.Bila tiba di satu kawasan,Azhari hilang dari pandangan.Dia cuba menjerit memanggil nama Azhari tetapi suaranya bagaikan tersekat.Rina cuba sedaya upayanya namun gagal.Bagaikan ada sesuatu yang menghalang suaranya daripada keluar.Dia semakin berputus asa.Akhirnya,kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan,dia menangis.
Azhari baru sahaja menolak keluar pintu bilik di mana Rina ditempatkan di mana tiba-tiba dia terdengar suara Rina tersedu-sedu menangis.Dia bercadang ingin pulang ke rumah bagi mengemaskan diri dan mendapatkan beberapa helai pakaian dan peralatan lain untuk kegunaan isterinya sepanjang di hospital.Azhari bergegas mendapatkan Rina.

No comments:

Post a Comment