Friday, March 6, 2009

Cinta Jangan Kau Pergi 7

Sejak kebelakangan ini,Akma perhatikan Shafikah banyak termenung.Berkali-kali panggil baru Shafikah tersedar daripada lamunannya.Kadangkala tersenyum seorang diri.Risau Akma melihat gelagat Shafikah.Ketika Shafikah sedang bermalas-malas di atas katilnya malam itu,Akma memberanikan diri untuk bertanya.


"Ika,aku lihat kebelakangan ni kau dah banyak berubah.Apa yang kau fikirkan?"

Shafikah mengerutkan keningnya tanda tidak faham dengan pertanyaan Akma.

"Aku berubah?Kenapa kau cakap macam tu,"tanya Shafikah sambil menongkat dagu di atas katilnya.Muka Akma di pandang dengan minat.

"Yerler.Dulu muka kau muram jer.Macam orang jatuh kapal terbang.Sekarang,aku tengok kau selalu berkhayal.Mata pandang buku tapi fikiran kat tempat lain.Tegur sekali tak menyahut.Panggil berkali-kali,baru tersedar.Lepas tu,muka terus merah.Macam orang jatuh cinta jer lagak kau nih.Kau nie dah kenapa jadi macam ni.Aku yang tengok pun risau,"Akma menjelaskan.

Shafikah tersengih dan mukanya terus merah mendengar penjelasan Akma.

"Hm.Takder apa-apalah.Saja nak ubah angin.Tak boleh ker?"

"Aku bukan apa.Kau kan kawan baik aku.Sejak bila kau jadi perahsia ni.Dulu tak pernah pun kau sorokkan sesuatu dari aku."

";La..Betul takder apa-apa.Aku ok jer ni.Kau yang risau lebih-lebih."

"Oh..Nak rahsia lagi yek.Jaga kau.Lambat laun aku akan tau juga."balas Akma.Dia terus bangun menuju ke Shafikah.Niatnya mahu mengusik Shafikah.

"Argh.Janganlah Akma.Gelilah.Yerlah,aku bagitau.Cukup-cukup,jangan cucuk pinggang aku lagi.."Shafikah menepis-nepis tangan Akma yang berada di pinggangnya.Nafasnya sesak kerana menahan gelak dan kegelian akibat dipermainkan Akma.

"Hah,cepat bagitau aku.Kalau tak aku cekik kau."

"Oh,main ugut yek.Takper,nasib baik kau kawan baik aku.Hm..macam mana nak citer yek.Tapi kau janji jangan gelakkan aku."Shafikah memandang Akma yang memegang tangannya.

"Kau tak citer lagi.Macam mana kau tahu aku gelak ker tak?Dah cepat citer.Karang aku cucuk pinggang kau lagi."

"Aku..aku..."

"Apa hal plak tergagap-gagap ni.Pelik betul aku tengok kau Ika."Akma memandang Shafikah yang tersipu-sipu malu.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta."Akhirnya kalimah keramat tuh terluah juga dari mulutnya.

Akma terus menutup mulutnya.Tidak percaya dengan apa yang di dengar daripada Shafikah.Namun tiba-tiba,dia ketawa berdekah-dekah.Shafikah pulak pelik melihat gelagatnya.

"Kan aku dah kata,jangan gelakkan aku.Aku dah jangka mesti kau gelakkan aku punya.Ko ni bukan betul sangat."Akma disebelahnya dicubit-cubit geram.

Akma terus bangun melarikan diri ke katilnya daripada terus dicubit Shafikah.Namun ketawanya masih lagi bersisa.

"Tahniah,Ika.Saper jejaka yang malang tu?"perli Akma sambil tersengih.

"Apa plak malang.Beruntung tau?"

"Yerlah,malang lelaki tu pasal berjaya buat kawan aku yang siang malam sedih nih jatuh cinta.Siapa dia Ika?Aku kenal ker?"Akma cuba mengorek.

"Adli."balas Shafikah ringkas namun cukup membuatkan Akma terperanjat.

"Adli,bekas adik ipar abang kau tuh ke?Eh,bukan dia dah bertunang ker?Kau jangan main-main Ika?Karang tak pasal-pasal tunang si Adli tu serang kau lagi,"balas Akma bimbang.

"Hm.Aku pun fikir macam tu juga mula-mula.Tapi,Farah dah banyak kali serang aku.Aku dah lali.Lagipun,Adli dah putus tunang dengan Farah.Takder sebab dia nak marah aku."

Shafikah teringat pertemuannya dengan Adli di tepi tasik kampus sebulan lepas.Muka Adli yang keruh dipandang lama.Hatinya simpati dengan nasib Adli.Rintihan Adli tentang sikap Farah dan yang paling tidak disangka apabila Adli memberitahunya yang Farah telah meminta agar pertunangan mereka diputuskan.Setahunya,dalam pertemuan sebelum itu,Adli ada menyatakan bahawa di ingin memutuskan pertunangan tersebut sekiranya Farah tidak mengubah sikap buruknya.Petang itu juga menjadi saksi sementelah Shafikah menjadi pendengar setia masalah Adli.Shafikah juga masih lagi teringat saat-saat apabila Adli melamarnya.

"Ika,sebenarnya dah lama Adli nak cakap perkara ni pada Ika.Adli tahu Adli tak sepatutnya berperasaan begini tapi Adli tak berdaya nak menghalangnya.Semakin lama,perasaan ini makin mendalam dan Adli tak mahu menyimpannya lagi.Biarlah Adli meluahkan agar hati Adli tidak terseksa merindu,"ujar Adli dan dengan segera tangan Shafikah dicapai.Namun cepat-cepat Shafikah menepis.

"Ika,disebabkan sekarang tiada apa yang mengikat Adli.Adli ingin nyatakan pada Ika bahawa dengan nama Tuhan,Adli sangat menyayangi dan mencintai Ika.Adli sedar Ika masih lagi isteri Abang Azhari tetapi Adli nak Ika tahu yang Adli sanggup tunggu Ika sampai Ika bebas daripada ikatan perkahwinan itu dan sanggup sehidup semati dengan Adli.Melahirkan zuriat untuk Adli.Adli sanggup tunggu Ika.Biar beribu tahun,namun sayang dan cinta Adli takkan berubah."Mata Shafikah direnung lembut dan dengan perasaan sayang yang menggebu-gebu di dalam hatinya.Lantas Shafikah ditarik dalam pelukannya.

"Adli tahu memang sukar untuk Ika terima semua ini.Adli dah lama sukakan Ika dan bila mendengar Ika berkahwin Adli rasa nak bunuh diri.Berbulan-bulan Adli menyalahkan diri sendiri kerana tidak berterus terang dengan Ika.Adli sentiasa mendokan kebahagiaan Ika,orang yang Adli sayang walaupun hakikatnya Adli merana.Adli ingatkan dengan kehadiran Farah dapat mengusir semua perasaan sayang Adli pada Ika tetapi di sudut kecil hati Adli,Ika tetap Adli puja.Bila kita bertemu di sini,Adli rasa gembira sangat.Adli tak sepatutnya berasa gembira tetapi entah kenapa Adli rasa sebaliknya.Malah rasa sayang dan cinta yang Adli rasakan dah mati buat Ika dulu semakin berbunga-bunga.Adli tak kisah kalau Ika menolak kerana hati Adli rasa puas hati dapat meluahkan apa yang Adli rasa pada Ika."

Shafikah yang terpaku mendengar luahan hati Adli hanya menurut apabila Adli memeluknya. Dia tahu dia tidak sepatutnya membiarkan Adli memeluknya.Akalnya melarang tetapi hatinya merelakan.Dia seakan tidak berdaya.Kebahagiaan mula menerjah ke dalam hatinya.Dia tersedu-sedu dalam pelukan Adli namun apabila berada di dalam pelukan Adli semua derita dan kesedihan yang bertamu selama ini seakan terbang.

"Eh,Ika.Kenapa kau menangis.Dahsyat betul kau ni.Baru usik sikit dah nangis.Kau rindu pada Adli ke?"Akma terkejut melihat pipi Shafikah bergenang air mata.

Shafikah segera mengesat pipinya.Dia tidak sedar yang dia menangis.Rindu pada Adli semakin membahang.Ya,Tuhan inikah penamat segala derita yang ku alami selama ini.Mungkinkah jodohnya bukan bersama Azhari.Azhari sudah berbahagia dengan Rina,mungkin kini sudah tiba masa untuknya menggapai kebahagiaan.

"Ika,boleh aku tau kenapa Adli boleh putus tunang?Dari dulu aku dah rasa yang diorang berdua tuh tak serasi.Nasib baik baru bertunang.Kalau dah kahwin sampai cerai berai kan susah."Rupa-rupanya Akma masih memikirkan tentang hal Adli dan Farah yang putus tunang itu.Dia tidak perasan soalannya itu membuatkan Shafikah terasa.

"Aku yang tak cerai lagi ni pun boleh kena madu.Mungkin tak serasi sampai Azhari kahwin lain.Hm,Adli kata Farah jumpa orang yang lagi kaya daripada dia.Aku pun sedih juga bila mendengar cerita Adli tu.Diorang dah bertunang lama.Ingat lepas grade boleh terus kahwin.Mungkin tiada jodoh.Entahlah,Akma.Nasib kita ni tak boleh diramal.Kita buat baik,orang buat jahat.Asalkan kita pandai jaga diri dan tidak tergelincir daripada landasan agama sudah,"kata Shafikah lirih.

Akma terus terdiam.Menyesali kelancangan mulutnya.Tetapi dalam diam dia bersetuju dengan kata-kata Shafikah.

"Aku minta maaf Ika kalau kata-kata aku tadi membuatkan kau sedih.Hm..abis kalau kau jadi dengan Adli.Macam mana dengan Azhari.Dia masih suami kau yang sah bukan?"tanya Akma.

"Inilah yang membuatkan aku runsing.Aku memang sayang dengan Azhari walaupun dia buat macam tu pada aku.Namun sayang aku padanya tak lagi seperti dulu.Aku rasa berdosa pulak cakap mcam tuh,tapi aku rasa aku juga sayangkan Adli,"Shafikah mengurut-urut dahinya.

"Takperlah,Ika.Kau jangan susah hati.Aku ada sorang kawan kerja kat pejabat agama.Aku try tanya pendapat dia berhubung masalah kau ni.Walau macam mana pun aku tetap sokong kau.Ok,jom tido.Esok kata nak keluar shopping.Kena simpan banyak tenaga untuk esok ni."Akma mengingatkan Shafikah.

"Terima kasih Akma.Tak terbalas aku budi baik kau,"Shafikah segera datang ke katil Akma dan memeluk Akma erat.Akma membalas pelukan Shafikah.Mereka berpandangan sambil tersenyum dan Akma berdoa agar selepas ini Shafikah berbahagia dengan Adli.

No comments:

Post a Comment