Friday, March 6, 2009

Cinta Jangan Kau Pergi 5

Mendengar penerangan doktor Rohadi tentang Shafikah, Zaza merasa sungguh simpati.Walaupun,dia telah lama tidak bersua dengan Shafikah tetapi persahabatan yang mereka jalin sejak dibangku sekolah tidak pernah putus.Sebagai seorang kawan,dia rasa dia patut menolong Shafikah kerana Shafikah banyak memberi semangat dan dorongan kepadanya ketika dia dalam susah atau senang.

Zaza juga merasa geram dengan Azhari.Mendengar permintaan Shafikah agar hal ini tidak diberitahu kepada keluarga mentuanya membuatkan dia akur.Shafikah dah banyak menderita.Biarlah kali ini dirahsiakan Shafikah yang terlantar dihospital.Zaza juga mengambil cuti demi untuk memastikan Shafikah pulih.Dia tahu di saat ini,Shafikah perlukan seseorang untuk menemaninya.Shafikah memang seorang yang tabah,sudahlah yatim piatu,suami tempat untuk mengadu berkahwin lain dan kini anak yang diharapkan dapat mengubat sensaranya pula gugur.
Bunyi sorongan troli membuatkan Shafikah tersedar dari lenanya.Dia terpandang Zaza yang tidur lena di atas kerusi di sebelah katilnya.Timbul kasihan pada Zaza kerana tidur dalam keadaan tidak selesa.Dia mahu bangun untuk minum air kerana tekaknya terasa kering tetapi kesakitan menguasai diseluruh badannya.Shafikah terbaring semula.Ketika itu,Zaza turut tersedar dan menggosok-gosok matanya.

"Pukul brapa ni?Kau tak apa-apa kan Ika?"Zaza segera memegang tangan sahabatnya itu.

"Tak,aku cuma terasa haus.Tapi aku rasa sakit seluruh badan.Nak bangun pun tak larat."

"Ish,kau ni.Janganlah macam tu.Lain kali kalau nak apa-apa kejutkan aku.Kau tu baru lepas operation." Riak muka Zaza kelihatan keruh.

"Aku taknak susahkan kau.Lagipun kau tengah lena sangat.Tak sampai hati aku nak kejut.Kau dah tolong jaga aku ni pun dah cukup baik."

"Ika,kau jangan cakap macam tu.Aku tak susah apa-apa pun.Kau kan kawan baik aku.Kalau aku di tempat kau pun,aku rasa kau akan buat benda yang sama.Aku sayangkan kau,sebab tu aku nak jaga kau sampai kau betul-betul sembuh,ok."

Terasa panas mata Shafikah.Dia terharu dengan kata-kata Zaza.Lantas ditariknya Zaza ke dalam pelukannya.

"Terima kasih Zaza.Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.Aku takkan lupa pengorbanan kau ni."Ika terus tersedu.Air mata yang cuba di tahan dari tadi akhirnya gugur jua.

"Hm.ok-ok.Dah-dah,jangan sedih lagi ok.Karang aku pun nangis sama.Kita jangan cakap pasal benda ni lagi ok."

Zaza menepuk-nepuk belakang Shafikah.Cuba menenangkan Shafikah.Dia tidak mahu Shafikah terus hanyut dalam tangisannya.Tambahan pula,Shafikah belum pulih.Dia tidak mahu menambah beban kesedihan pada Shafikah.Bagi Shafikah,tangisan itu bukan sahaja kerana mendengar kata-kata Zaza.Tetapi kerana di saat ini,dia tiba-tiba teringat Azhari.Tiada lain yang lebih penting baginya melainkan kehadiran Azhari.Namun,mengenangkan Azhari yang sedang bergembira dengan madunya.Dia hampa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah dua bulan setengah kejadian tersebut berlaku.Walaupun zahirnya Shafikah nampak ceria tetapi hakikatnya dia menyesali kecuaiannya yang menyebabkan dia kehilangan kandungannya.

Azhari pula sudah hampir seminggu tidak ke rumahnya.Dia malas nak bersuara.Itu hak Azhari.Azhari sudi pulang ke rumah bertemu dengannya,sudah dikira beruntung.Kalau mood Azhari baik,setiap lunch hour dia akan datang.Kalau tak,tunggulah sahajalah kedatangan Azhari.

Shafikah faham.Azhari sibuk dengan bini mudanya.Namun setiap kali,Azhari pulang ke rumahnya.Shafikah sedaya upaya melayan suaminya.Biarpun hatinya tercalar dengan perbuatan Azhari tetapi tanggungjawab sebagai isteri tetap diteruskan.Dia mahu Azhari senang dengan dirinya.

Kadangkala Shafikah kesal membenarkan Azhari kahwin lagi.Kadangkala juga dia rasa menyesal tidak berpisah dengan Azhari.Tentunya,hidupnya waktu ini tidaklah seperti ini.Biar tidak hidup dalam kemewahan tetapi hatinya senang.Harta peninggalan keluarganya juga mampu membiayai dirinya seorang sehingga dia tiada umur nanti.Namun,dia yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Shafikah pun tidak faham dengan dirinya sekarang.Dia sentiasa meratap nasib malangnya.Hatinya mudah terasa,mudah benar mengalirkan air mata.Sifat cekal dan tabah yang ditanam sejak kehilangan keluarganya dalam nahas dulu seakan pudar dan hilang.Zaza sudah puas mempengaruhinya agar meninggalkan Azhari.Tapi Shafikah enggan.Dia sayangkan Azhari walaupun kini dia tidak tahu sama ada Azhari sayang kepadanya lagi atau tidak.

Sayangnya pada keluarga mentuanya juga membuatkan Shafikah berat hati untuk meninggalkan Azhari.Yang bersalah adalah anak mereka bukan mereka.Lagipun ,hanya pada mereka tempat Shafikah menumpang kasih.Shafikah juga tidak dapat melupakan budi baik mereka yang menemani dan memberi sokongan padanya ketika Azhari ingin menikahi Rina dahulu.Hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya.

Sedang asyik dia melayan perasaan,tiba-tiba terdengar bunyi kereta Azhari memasuki halaman rumah.Shafikah bingkas bangun.Dia segera mengemaskan dirinya.Dia cuba menarik nafas panjang-panjang dan dilepaskan dan dipaksa dirinya untuk tersenyum.

"Assalamualaikum,sayang.Ika apa khabar?Maafkan abang pasal dah lama tidak pulang ke sini.Abang banyak keje.Sorry yer sayang."

Pertanyaan dan alasan Azhari dibiarkan sepi.Ika segera menyambut kot dan briefcase dari tangan suaminya.Sebelum itu,dia tunduk mencium tangan Azhari.

"Abang tentu penat.Sekejap ye bang,Ika ambilkan air untuk abang."

"Nantilah dulu.Air tu boleh ambil sekejap lagi.Mari sini duduk di sebelah abang.Abang rindu nak tatap wajah Ika."

Tangan Shafikah Azhari paut dan dibawanya Shafikah duduk bersama-samanya di atas sofa.Azhari merenung wajah Shafikah,lantas dihadiahkan sebuah kucupan di pipi Shafikah.

"Abang minta maaf.Abang janji akan selalu menjenguk lka selepas ini.Ika rindukan abang tak?"

Azhari cuba menguji Shafikah.Dielus perlahan tangan Shafikah.

Shafikah hanya mampu mengangguk.Dia tidak tahu apakah ayat yang terbaik yang patut di berikan kepada Azhari agar Azhari mengerti isi hatinya.

"Abang rindukan masakan Ika.Ika masak apa hari ini?Perut abang pun dah lapar.Tengah hari tadi abang tak sempat lunch kerana banyak kerja yang nak kena siapkan," Azhari cuba menarik Ika untuk berbual dengannya.

"Hm..er..kasihan abang.Abang pergi mandi,semayang di atas.Sementara tu,biar Ika panaskan semua lauk dan hidangkan di atas meja.Then,kita makan sesama ok."

Azhari hanya diam dan merenung Shafikah.Renungan suaminya membuatkan Shafikah tunduk.Dia tahu dia pasti kalah kalau berlawan pandang dengan Azhari.Azhari akhirnya mengganggukkan kepalanya.Sempat juga dia mencium dahi Shafikah sebelum dia bingkas bangun dan melangkah ke tangga.

"Sedap lauk malam ni.Pandai Ika masak,"puji Azhari yang sempat menjengah meja makan sebelum berlalu ke sinki untuk membasuh tangan.

Shafikah menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya.Air sirap di tuang ke dalam gelas.Kemudian dia duduk di hadapan Azhari,menyenduk sedikit nasi untuknya.

Azhari menyuap laju nasi ke dalam mulutnya.Azhari tampak berselera dengan lauk malam ini,ayam masak cili padi.

"Sedap masakan Ika.Bertuah abang dapat isteri yang bukan sahaja cantik tapi pandai masak,"puji Azhari sambil menjeling Ika dihadapannya.

Shafikah hanya membisu.Nasi di suap perlahan-lahan.Ingin dijawab sahaja kata-kata Azhari tadi.Kalau abang bertuah,kenapa abang sanggup menduakan Ika?Apa salah Ika?.Namun,semua itu hanya dipendamkan dalam hati.Tidak terdaya menghabiskan nasinya,dia segera ke sinki.

Azhari hanya memerhati namun mulutnya berat untuk bertanya.Dia bercadang untuk bersemuka dengan Ika selepas mereka makan nanti

"Ika tolong buatkan abang air kopi boleh tak?"pinta Azhari semasa menghantar pinggan ke sinki.Shafikah senyum dan mengangguk.

Selepas mencuci pinggan,Shafikah segera menatang dulang dan sepinggan biskut ke ruang tamu.Namun belum sempat dia meletakkan dulang di atas meja,tiba-tiba handset Azhari berbunyi.

Azhari bingkas bangun.Dia mengambil handsetnya dan terus keluar ke halaman rumah.Setelah beberapa ketika,dia masuk kembali.

"Ika,maafkan abang.Abang perlu keluar.Ika tak payahlah tunggu abang balik malam ni."Tanpa pamitan,Azhari terus berlari menaiki tangga.

Shafikah hanya melihat kelakuan Azhari.Tidak mengiyakan atau menidakkan.Shafikah menghantar Azhari sehingga ke pagar.Azhari kelihatan tergesa-gesa,tanpa menghiraukan Shafikah keretanya meluncur meninggalkan perkarangan rumah.

Hati Shafikah sebal.Dia tahu panggilan tersebut daripada Rina. Apabila masuk ke rumah aroma dari air kopi berbau semerbak.Asap daripada air kopi tersebut di pandang.Hatinya sebak dan pedihnya bagai dihiris.Tiba-tiba sahaja Shafikah seperti mahu menangis.Sampai hati Azhari..

No comments:

Post a Comment