Friday, March 6, 2009

Cinta Jangan Kau Pergi 4

Puan Kalsom sedang sibuk menyusun hidangan di atas meja ketika makcik Gayah datang kepadanya dengan membawa sedulang cawan.

"Puan,tadi ada perempuan telefon.Dia suruh sampaikan ucapan tahniah kepada Puan sempena majlis ulangtahun perkahwinan Puan dan Tuan.Dia juga kirim salam sayang dan rindu pada Puan,"jelas makcik Gayah.

"Akak ada tanya nama dia tak?"Puan Kalsom terus menyusun hidangan tanpa menoleh ke makcik Gayah.
"Hm..Ada.Mak Gayah tak ingat sangat tapi rasanya dia sebut tadi nama dia,Shafikah,"terang makcik Gayah lagi.

Puan Kalsom terus menoleh memandang muka makcik Gayah.Tergamam.Riak mukanya nampak terperanjat dan secara tiba-tiba dia mula merasakan kepalanya mula berpinar-pinar.

"Ya,Allah.Abang..!!"jerit Puan Kalsom memanggil suaminya.Dia terus rebah tidak sedarkan diri dan mujur sempat disambut oleh makcik Gayah.

Tuan Arif segera bergegas ke tempat isterinya setelah mendengar jeritan isterinya tadi.Ketika itu,dilihat isterinya telah tidak sedarkan diri dan sedang dipangku Makcik Gayah.

"Som!Som!..Kenapa jadi macam nih,kak.Akak,bagitau saya,kenapa Kalsom jadi macam ni.Apa yang dah berlaku,"Tuan Arif bertanya dengan cemas.Tangannya segera mencapai tangan isterinya dan ditarik isterinya kedalam pelukannya.Tuan Arif segera mendukung Puan Kalsom ke bilik.

Makcik Gayah pun turut cemas melihat kelakuan Tuan Arif.Dia tahu lelaki itu sangat sayangkan isterinya.Dia juga risau sekiranya ada apa-apa yang berlaku pada majikannya.

"Tadi Puan sedang menyusun hidangan di atas meja.Kemudian saya beritahu dia,ada seorang perempuan telefon.Bila saya tanya,dia kata nama dia Shafikah.Dia ucapkan tahniah pada Tuan dan Puan sempena ulangtahun perkahwinan Tuan dan Puan.Kemudian,Puan panggil Tuan dan dia terus rebah.Nasib baik,saya sempat sambut,"kata Makcik Gayah.Dia pun takut juga sekiranya Tuan Arif akan memarahinya sebentar lagi.

"Shafikah?Akak sure yang call tadi,nama dia Shafikah?"Tuan Arif semakin tidak sabar namun tangannya tetap menggenggam tangan isterinya.

"Yer,Tuan.Dia cakap nama dia Shafikah.Dia nak bercakap dengan Puan,tapi saya kata Puan pesan kalau perkara mustahak je,panggil dia.Lepas tu,dia kata dia taknak ganggu Puan dan cuma suruh saya sampaikan pesanan.Maaf Tuan,kalau saya tahu benda ni jadi macam ni,saya takkan bagitau Puan tentang pesanan Shafikah tu,"jelas makcik Gayah dengan takut-takut.

Tuan Arif segera memandang isterinya.Dia menyelak rambut isterinya ke belakang dan tunduk mencium dahi isterinya.Kini baru dia mengerti isterinya pengsan kerana terperanjat dengan panggilan yang tidak dijangka daripada Shafikah tu.Isterinya sangat sayangkan Shafikah.Selama ini,mereka sekeluarga telah susah payah mencari Shafikah ke merata tempat,namun tidak berhasil.Tiba-tiba hari ini Shafikah telefon ke rumah dan isterinya tidak dapat bercakap dengan Shafikah kecuali mendengar pesanan yang disampaikan oleh Makcik Gayah.Makcik Gayah pun tak bersalah dalam hal ini kerana Makcik Gayah pun tak pernah tau tentang Shafikah..

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Azhari yang sedang dalam perjalanan ke rumah kedua ibu bapanya,tiba-tiba merasa rindu pada Shafikah.Dosanya terhadap Shafikah terlalu banyak.Walaupun Shafikah menguntum senyuman manis untuknya namun dia tahu Shafikah terluka.

"Ika, abang mahu meminta izin menikahi Rina," kata Azhari pada suatu petang ketika mereka sedang duduk di atas buaian selepas menikmati juadah petang.

Ika yang sedang galak ketawa tiba-tiba terdiam.Matanya buntang merenung tepat ke dalam mata Azhari.Cuba mencari riak-riak gurauan namun wajah Azhari kelihatan serba salah.Tangannya pantas mencari tangan Ika dan digenggam lantas dibawa ke dadanya.Tiba-tiba mata Ika terasa berpasir.Ya Allah,kau kuatkanlah hatiku.

"Abang minta maaf tapi abang tak mahu Ika terus dibohongi.Sebenarnya,..er..abang masih cintakan Rina.Di luar pengetahuan Ika,mak dan ayah..abang dan dia masih berhubungan.Maafkan abang,tapi abang memang tidak dapat melupakan Rina,"terang Azhari.

Ika masih lagi kaku dan tergamam dengan permintaan Azhari.Ikutkan hati,dia ingin meraung,menangis, merajuk meninggalkan Azhari.Mujur akal warasnya pantas bertindak.Mana mungkin dia bertindak demikian.Ke mana harus dibawa diri ini,jika benar...dia nekad meninggalkan diri Azhari.Ika cuba bertenang dan menarik nafas panjang-panjang,cuba memikirkan tindakan yang wajar diambil.Tanpa disedari,dia memeluk suaminya,tanda memberi sokongan,tanda terima kasih kerana Azhari sudi berterus-terang dengannya walaupun kenyataan dia merasakan kepalanya seolah-olah mahu pecah menahan sabar.

"Ika,izinkan abang kahwin."
Akhirnya,Ika meluahkan kata-kata tersebut.Pelukannya kepada Azhari enggan dilepaskan kerana bimbang air mata yang cuba ditahan sejak tadi disedari Azhari meskipun Azhari cuba untuk meleraikannya bagi melihat riak mukanya.Mungkin Azhari tidak menyangka,Ika nekad membenarkannya berkahwin dengan Rina.Sangka Azhari,Ika mungkin akan memaki-hamun dirinya.

Mana ada perempuan yang tegar membiarkan suami yang dikasihi sepenuh hati menumpahkan kasih sayangnya terhadap wanita lain.Tapi dia tak sepatutnya tamak dalam percaturan hidup berumahtangga ini.Walaupun tindakan Azhari itu telah memadamkan corak cinta dalam hati Ika,namun dia masih lagi bergelar isteri Azhari. Syurga seorang isteri adalah pada suaminya,tapi Ika masih tidak yakin adakah tindakannya ini tepat.Dalam tidak mahu menjalani hidup bergelar seorang janda,tambahan pula diri yang yatim piatu,dia carikkan perasaannya sendiri demi membahagiakan Azhari.Ika tahu walaupun dia berusaha keras demi memiliki hati dan perasaan Azhari sepenuhnya,dia tetap gagal.Untungnya,wanita bernama Rina itu,namanya tidak pernah mati dalam hati seorang lelaki bernama Azhari.

Dalam menghitung hari-hari Azhari bakal menduakan dirinya,selepas Azhari telah ke pejabat,air matanya kembali mengalir bagaikan titisan hujan.Tambahan pula,mungkin kerana terperanjat,Ika diserang demam dan sering muntah-muntah namun semua itu tidak pernah diceritakan pada Azhari kerana akhir-akhir ini diperhatikan diri Azhari bertambah ceria.Wahai suami,benarkah kau bahagia di atas penderitaanku ini?

Sebulan setengah kemudian,Azhari selamat dinikahkan dengan Rina.Mujur ayah dan mak mertuanya bersama-sama disisinya bagi memberikan sokongan padu. Hanya segaris senyuman tawar dapat dihadiahkan kepada mereka berdua.Ika sudah tidak terdaya meratapi nasib malangnya.Harapannya Azhari akan adil dalam menjalankan tanggungjawabnya.Semasa berbaring dikamar yang pernah menjadi saksi penyatuannya dengan Azhari,Ika mengusap perutnya. Kandungan ini masih baru.Sesungguhnya,Tuhan itu Maha Adil,dipinjamkan Azhari sebentar,dianugerahkannya zuriat bagi menggembirakan dirinya.

Pada mulanya,Ika bercadang memberitahu Azhari tentang kandungannya ini,namun sejak dia membenarkan Azhari menikahi Rina,perhatian Azhari terhadapnya semakin kurang.Ika merasa terpinggir,sedih dan muram.Dia tidak mahu merosakkan kebahagian Azhari dalam meniti detik-detik bergelar raja sehari.Kasihan anak ibu,Ika mengeluh sambil mengelus perlahan perutnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ika sedang dalam perjalanan pulang dari pasar ketika telefon bimbitnya berbunyi.Tetapi dia perlu berhenti di bahu jalan bagi mendapatkan telefon bimbitnya di dalam beg tangannya yang diletakkan dibahagian belakang.Kereta sedang bertali arus menyukarkan dia untuk ke bahu jalan.Deringan telefon bimbitnya masih berterusan.Semasa kereta dihadapannya berhenti kerana lampu isyarat merah,Ika segera menyambar beg tangannya di belakang.Namun,kerana kecuaiannya,tangannya telah terlanggar dan menolak gear ke tanda 'D'.Semasa dia berpaling ke depan,yang sempat diingatinya ialah dia telah menjerit memanggil nama Azhari.

Ketika dia membuka matanya,bau ubat menusuk-nusuk hidungnya.Dalam itu,matanya sempat menangkap kelibat seorang lelaki berjubah putih dihujung katilnya sedang bercakap-cakap dengan jururawat.Apabila menyedari Ika telah sedar,lelaki tersebut menghampiri Ika dan menghadiahkannya sebuah senyuman.

"Apa khabar puan?Saya Doktor Rohadi.Puan masih ingat apa yang telah menyebabkan puan berada di sini?"

Ika memejam matanya,cuba mengingatkan apa yang berlaku.Kepalanya terasa berdenyut-denyut.Perlahan-lahan dia menghela nafas dengan harapan dapat mengurangkan kesakitan dikepalanya.Dia sedang cuba mendapatkan beg tangannya dibelakang sebelum kemalangan ini berlaku.Kemudian,dia menganggukkan kepalanya.

"Boleh saya dapatkan nombor telefon suami puan?Kami perlu hubunginya kerana ada beberapa perkara yang ingin saya bincangkan dengannya,"jelas Doktor Rohadi sambil membetulkan cermin matanya.

Ika tersentak.Dia memegang kepalanya yang nyata masih pening kesan dari kemalangan.Secara tiba-tiba dia teringatkan bayi dalam kandungannya.Dia segera memegang perutnya.Dia seperti telah dapat menjangka apa yang terjadi.Air matanya perlahan-lahan mengalir.Suaranya kedengaran serak semasa bertanyakan doktor tersebut.

"Kenapa Doktor?Perkara apa yang ingin doktor bincangkan dengannya?Suami saya sedang berkursus di luar negara.Oleh itu,saya bertanggungjawab ke atas diri saya sendiri.Tambahan pula saya sebatang kara.Kalau ada apa-apa perkara yang membimbangkan berlaku terhadap saya,harap doktor tidak teragak-agak berterus-terang dengan saya.";

Ika tidak mahu menyusahkan Azhari.Suaminya itu sedang berbulan madu bersama Rina.Biarlah perkara ini ditanggungnya sendiri.Doktor Rohadi mengerutkan keningnya bagaikan tidak percaya dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut Shafikah.

"Saya harap puan faham, tapi saya terikat dengan polisi hospital.Kami tidak mahu menanggung sebarang risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini."

Shafikah hanya diam membisu.Air mata yang mengalir sejak tadi dirasakan semakin lebat menuruni pipi.Dia memejamkan matanya seketika.Perlahan-lahan dibuka kembali dan kemudian dengan kekuatan yang tinggal,dia bertanya pada doktor Rohadi

"Doktor,bagaimana dengan kandungan saya?"

Doktor Rohadi pada mulanya enggan memberitahu.Tetapi apabila dipandang wajah sendu Shafikah,dia membatalkan niatnya.

"Saya harap puan banyakkan bersabar dan tenang apabila puan mengetahui hal yang sebenarnya.Sebenarnya,bayi dalam kandungan puan mati akibat hentakan kuat akibat kemalangan yang puan alami.Oleh itu,saya ingin berbincang dengan suami puan atau saudara terdekat puan bagi mendapatkan tandatangan untuk membolehkan kami menjalankan pembedahan ke atas puan."

No comments:

Post a Comment