Friday, March 6, 2009

Cinta Jangan Kau Pergi 3

"Ina,abang penat ni.Boleh tak Ina dengar cakap abang?Mari kita pergi rumah mak.Janganlah pasal hal ni,kita nak bergaduh lagi;"pujuk Azhari.Rina yang sedang asyik membaca akhbar The Sun tu dipandang dengan geram.

"Mak Arie bukannya sukakan Ina.Malaslah Ina nak pergi kenduri tu.Alah kalau Ina takde pun majlis tuh jalan jugak.So,Arie pergi sorang jerlah.Cakap saja Rina ada meeting dengan client.Ayah tentu faham,dia pun orang bisnes gak;"kata Rina bila diajak Azhari ke rumah mak dan ayahnya petang itu.

"Memanglah ayah akan faham tetapi takkanlah hari Ahad pun nak kerja.Lagipun Ina kan menantu mereka,isteri abang.Kalau Ina tak pergi mesti mereka akan bertanya.Ina,apa salahnya Ina pergi demi abang.Kalau Ina dah tahu,mak tak sukakan Ina masa inilah Ina sepatutnya amik peluang ni untuk pikat hati mak,"pujuk Azhari dengan lembut.
Azhari tahu dia perlu memujuk Rina dengan hati-hati.Silap cakap boleh bergaduh mereka suami isteri.Selepas itu,Rina tidak akan menegurnya berhari-hari.Itu yang mahu dielakkannya.Dia tak sanggup,biarlah dia mengalah asalkan isterinya tidak bermasam muka dengannya.

"Ina rimaslah nak pakai baju kurung.Pastu kena jumpa ramai orang.Saudara-mara Arie mesti pandang serong pada Ina pasal rampas tempat Ika.Takyahlah Arie nak memujuk Ina lagi.Ina dah buat keputusan Ina tak nak pergi.Arie pun kalau tak nak pergi pun elok juga.Rumah ni takde siapa nak kemas.Bersepah macam tongkang karam.Baju kat bawah tu pun tak lipat-lipat hampir seminggu.Pinggan mangkuk kat sinki tu pun tak basuh lagi,"kata Rina sambil melangkah menaiki tangga menuju ke bilik.

Tengok tu,aku juga yang disuruh menguruskan rumah.Patutnya,aku yang suruh dia.Macam ni baik takpayah ada isteri.Hidup membujang pun sama juga.Lagi baik,hati dan telinga pun tak sakit.Butanya aku pasal tak sedar tentang perkara ni dari dulu.Harap muka jer lawa.Ada gak perempuan macam ni.Nak pergi pejabat punyalah dressing giler,penampilan diri dijaga,tapi rumah sendiri tak pandai kemas..Bodohnya aku,betul cakap ayah.Perempuan macam Rina tak sesuai dijadikan isteri.Seketika Azhari terkenang pada Shafikah.Dulu ketika bersama Shafikah,isterinya itu tidak pernah membebankan dirinya dengan tugas-tugas di rumah. Makan,pakai,keperluannya dijaga. Tau-tau dah siap.Balik kerja dah ada juadah atas meja.Dengan Rina,kadang-kadang dia sampai rumah dulu.Jangan kata nak buat air,masak air pun malas.Kadangkala bila terlihat Shafikah sedang melipat pakaian,dia pun akan duduk di sebelah Shafikah menolong isterinya.Aduhai kenapa diriku jadi begini,kata Azhari dalam dirinya.Dulu ada isteri,punya baik aku gatal nak kahwin lagi.Sekarang padan dengan muka aku.

Azhari terus mengambil kunci kereta dan melangkah keluar menuju ke keretanya.Dalam perjalanan nanti, akan difikirkan apakah alasan terbaik nak diberikan kepada mak dan ayahnya tentang ketiadaan Rina.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Shafikah berjalan ke hulu dan ke hilir di dalam biliknya.Di tangannya tergenggam telefon bimbit milik Akma.Akma yang sedang berbaring di atas katilnya sambil membaca nota hanya tersengih.Malas nak bertanya dengan gelagat Shafikah yang tak reti duduk diam dari tadi.Tetapi semakin lama dia pun makin rimas.Akama segera bingkas bangun dan terus mencapai handsetnya lalu di dailnya satu siri nombor sambil diperhatikan Shafikah dengan tanda tanya.

"Hah,nah cakap!" Akma terus menyerahkan handsetnya kembali kepada Shafikah.

"Nak cakap apa?Aku bukannya tahu kau telefon siapa!"Shafikah membantah keras.

"Kau cakap je.Sure lepas ni kau tahu siapa yang aku telefon,"jelas Akma sambil meneruskan pembacaan notanya.

"Hello!Rumah Tuan Arif dan Puan Kalsom!Siapa di sana?"orang di sana memperkenalkan diri.

Shafikah terus tergamam sambil bulat matanya memandang Akma.Siap kau Akma lepas nih,dengus Shafikah geram.

"Boleh saya ....errrr..Puan Kalsom ada?";tanya Shafikah perlahan.

"Siapa di sana.Puan Kalsom sudah pesan suruh tanya nama orang yang mahu bercakap dengannya.Kalau mustahak sahaja,dia mahu bercakap.Dia sedang sibuk,"jelas orang di sana.Pastinya orang gaji mak yang baru,kata Shafikah dalam hati.

"Hm.Kalau begitu takperlah saya taknak mengganggunya..Kirimkan salam sayang dan rindu saya pada Puan Kalsom. Tahniah di atas ulangtahun perkahwinannya yang ke 33 tahun.Sampaikan salam saya juga pada Tuan Arif.Katakan padanya saya minta maaf di atas segalanya.Cik,Puan Kalsom sihat ke?"tanya Shafikah selepas memberi pesan panjang lebar kepada orang gaji emak mertuanya.

"Hm.Puan Kalsom sihat.Tuan Arif juga.Boleh saya tau,siapa nama cik?";tanya orang gaji emaknya.

"Hm.Siapa di sana?"Shafikah terus bertanya.

"Saya makcik Gayah,cik.Orang gaji di rumah ini,"terang makcik Gayah.

"Baiklah makcik Gayah.Nanti makcik sampaikan segala pesanan saya tadi kepada Puan Kalsom dan Tuan Arif.Nama saya Shafikah.Terima kasih,makcik.Assalamualaikum.";Shafikah terus meletakkan telefon tanpa memberi ruang kepada makcik Gayah untuk bertanya lagi.

No comments:

Post a Comment