Thursday, March 12, 2009

Malasnya nak pi keje arini!!

Smlm balik mkn seafood kat Senibong..Consultant blanja apa lagi, mmg mkn x igt saiz perut daa!!..Perut dah kenyang gler ni..Dari Permas Jaya ke Perling , drive dah mcam org giler br dapat lesen..ngantuk sbnrnya..Sampai umah dah kol 12.30mlm..Tukar baju, xsmpt cuci kaki dah landing atas katil..penatnya..

Tp dlm pd tuh, smpt kepala memikir esok taknak pi keje..malasnya..hehehe..
Kol 7 pg, terjaga..msg kat boss kata mc arinih..pastuh sambung tdo..kol 10lbh bgn dgn xmandi, cuci n gosok gigi ala kadar, drive pi klinik..semata2 nak amik mc..smpt buat muka kesian + pnt..nk mintak simpati doktor suh bg mc..

Lps dah dpt mc, pi ofis antar mc..pi bank plak..nak cari bank nak beli rumah..bank mana BLR paling rendah..nasib baik tak mandi, dalam hati ada gak niat nak pi lepak mkn kat pizza..then lps jumpa officer bank..balik umah, on broadband try surf novel baru yang ada..boring plak..pastuh basuh akuarium jap..

Pastuh, nih tak tau nak wat per..tau pi keje pg td..tapi malas nak bgn awal sbnrnya..arinih ada meeting..nak escape meeting la..sbb slalu masuk ofis kol 10.30 ke atas...nih meeting stat kol 9pg..

Mkn pun blum lg ni..td ada gak mengunyah jajan + minum air coke..jap2 lagilah pk nak mkn apa..kalau malas gak order pizza atau mcd jelah kan..

Apalah nak jd dgn aku ni kan??..seharian malas..ni pasal pekena seafoodlah ni..tuh yg malas memanjang..sajer jer reka alasan nak menyedapkan hati..

Friday, March 6, 2009

Cuba nak kumpul balik koleksi nukilan di tokeikedai

Salam,

Rasa dah lama tak menulis..Rasa kaku tangan ni..idea plak taknak datang..skrg aku try nak kumpulan balik hasil nukilan aku masa kat tokeikedai..dulu aku aktif kat laman web nih..sejak menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, rasa macam dah tak der masa nak melayan semua nih..Dulu masa kat tokeikedai, aku guna nick ellygirl82 atau anayle-elyana-leyana..zaman ms di kampus dulu, aku rasa ramai kakak2 senior yang melayari laman web tokeikedai..kenal dgn nick aku ni..cuma tak pasti aku nih yang mana..aku pun kekadang guna nick ellymafia..sebab apa aku guna nick nih..aku pun tak pasti..maybe ada konflik dalaman yang teringin nak jadi ganas..

Anyway, aku harapkan korang supportler aku..aku try perlahan2 bangkit dan luangkan masa untuk menulis semula..

Cinta Jangan Kau Pergi 8

Azhari mundar-mandir di hadapan pintu wad kecemasan Hospital Tawakal.Panggilan telefon daripada rakan sepejabat Rina mengatakan Rina pengsan di pejabat merisaukannya.Lantas Toyota Harrier di pandu dengan rasa tidak sabar.Dia tahu akhir-akhir ini hubungannya dengan Rina bertambah baik.Rina sudah mula bercakap dengan lembut dengannya.Tiada lagi tengkingan dan makian apabila kehendaknya tidak dipenuhi.Azhari tidak tahu apa yang berlaku yang menyebabkan Rina berubah.Namun,kini dia rasa lebih dihargai sebagai suami di sisi Rina.Dalam diam Azhari bersyukur dengan perubahan Rina.

Bunyi pintu bilik kecemasan yang dibuka menyedarkan Azhari daripada lamunannya.Segera dia menghampiri doktor yang baru keluar daripada bilik tersebut.


“Doktor,bagaimana keadaan isteri saya?” Walaupun hatinya resah namun cuba disabarkan hatinya.

“Alhamdulillah,isteri encik tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk.Cuma dahinya saja yang lebam akibat terhantuk bucu meja.Namun,encik jangan risau kerana isteri encik dalam keadaan baik.Tapi buat masa ini,kami telah beri suntikan agar dia berehat.” Kata doktor yang baru keluar tadi.

Azhari mengucap syukur di dalam hatinya setelah mendengar kata-kata tersebut.Namun belum sempat dia membuka mulutnya untuk bertanyakan sesuatu,kata-kata yang keluar dari mulut doctor tersebut membuatkannya tergamam.

“Oh ya.Sebelum itu,saya nak ucapkan tahniah.Isteri encik sedang mengandung 7 minggu.Namun begitu,ada perkara yang ingin saya bincangkan dengan encik.Kalau encik tidak keberatan,mari kita ke bilik saya untuk berbincang.” Penuh debar Azhari mengikuti doctor tersebut ke biliknya.

Malam itu Azhari menemankan Rina di wad.Sedaya upaya diukirkan senyuman untuk isterinya bagi mengelak daripada dicurigai Rina.Namun kata-kata Doktor Mazlan petang tadi tetap terngiang-ngiang di telinganya.

“Puan Rina sebenarnya mempunyai rahim yang tidak kukuh.Oleh itu,saya menasihatkan Encik Azhari agar mengugurkan kandungan tersebut kerana dikuatiri akan menjejaskan kesihatan Puan Rina.Lazimnya dalam kes ini,kalau ibu berkeras untuk meneruskan kandungannya,peratus untuk anak dan ibu hidup adalah sangat tipis.”Terdiam Azhari mendengarnya.

“Adakah masih ada peluang untuk kami menimbang cahaya mata lagi sekiranya kandungan ini digugurkan?”

“Lazimnya hanya 5 peratus sahaja yang berjaya.Itupun nasib.Tapi Encik Azhari jangan bimbang sekiranya Puan Rina bersetuju untuk mengugurkan kandungan ini,Encik Azhari masih boleh mengupah ibu tumpang.Kes ini hanya berlaku di Negara barat.Itu pun sekiranya Encik Azhari berhajat untuk mendapatkan zuriat daripada darah daging sendiri.”

Doktor Mazlan memainkan pen di tangannya apabila di lihat Azhari seolah hanyut dalam khayalan.Dengan perlahan di tepuk lembut bahu kiri Azhari.Doktor Mazlan memahami perasaan bakal bapa di hadapannya ini.

“Namun,Encik Azhari jangan bimbang.Sekiranya Encik Azhari dan Puan Rina masih nekad untuk meneruskan kandungan itu,Encik Azhari hendaklah bekerjasama dengan kami dalam mengawal dan memerhatikan pergerakan Puan Rina.Kemungkinan besar,sepanjang kandungan ini menuju ke usia matang,Puan Rina perlu dimasukkan ke dalam wad.Hal ini bagi memastikan Puan Rina mendapat rawatan intensif dan rapi kerana keadaan badannya yang agak lemah.”

“Saya harap Encik Azhari dapat memberikan kata putus secepat mungkin kerana jika kita lambat membuat rawatan susulan dengan segera,dibimbangkan kesihatan Puan Rina akan lambat pulih seperti yang dijangkakan.” Selepas menyudahkan ayat tersebut Doktor Mazlan terus bangun daripada kerusinya dan menuju ke pintu.Melihat Doktor Mazlan bangun,Azhari segera bangkit dari duduknya.Doktor Mazlan mengiringi Azhari sehingga ke luar biliknya.

“Saya terpaksa pergi dahulu.Saya harap Encik Azhari dapat membuat keputusan dengan bijak.Kita sebagai orang islam,bila dalam keadaan seperti ini,wajarlah kita bermohon kepada-Nya agar diberi petunjuk agar keputusan yang bakal kita amik tidak akan membuatkan kita menyesal di kemudian hari.Kita juga kena percaya dengan Qada’ dan Qadarnya kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Saya minta diri dulu Encik Azhari,Assalamualaikum.” Selepas bersalam dengan Azhari,doktor muda itu terus berjalan kearah pintu wad kecemasan.

Azhari yang masih berdiri di luar pejabat Doktor Mazlan hanya memerhati.Dia merasakan semangatnya lumpuh apabila mengingatkan kata-kata Doktor Mazlan tadi yang telah membunuh sebahagian besar harapannya untuk bergelar seorang ayah.


Di pandang wajah comel yang berada di pangkuan Azhari itu.Hatinya mula rasa tidak enak.Anak siapakah itu?Tidak mungkin anakku?Aku memang tidak mahu mengandung.Bayi itu tersenyum memandangnya,Azhari juga melemparkan senyuman bangga.Hati Rina terhiris.Namun dalam masa yang sama,disudut kecil hatinya mula terpikat dengan wajah comel itu.Naluri keibuannya tersentuh.Rina cuba melangkah ke arah Azhari.Namun semakin dia mendekati Azhari,semakin dia merasakan Azhari semakin jauh meninggalkannya.Bayi yang berada di pangkuan Azhari juga seakan-akan cuba menjatuhkan diri daripada pegangan Azhari.Gayanya seperti mahu dirinya didukung oleh Rina.
Rina cuba berlari apabila merasakan Azhari semakin jauh.Kenapa Azhari menjauhkan diri daripadanya dan mengelak dirinya mendekati bayi tersebut.Bila tiba di satu kawasan,Azhari hilang dari pandangan.Dia cuba menjerit memanggil nama Azhari tetapi suaranya bagaikan tersekat.Rina cuba sedaya upayanya namun gagal.Bagaikan ada sesuatu yang menghalang suaranya daripada keluar.Dia semakin berputus asa.Akhirnya,kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan,dia menangis.
Azhari baru sahaja menolak keluar pintu bilik di mana Rina ditempatkan di mana tiba-tiba dia terdengar suara Rina tersedu-sedu menangis.Dia bercadang ingin pulang ke rumah bagi mengemaskan diri dan mendapatkan beberapa helai pakaian dan peralatan lain untuk kegunaan isterinya sepanjang di hospital.Azhari bergegas mendapatkan Rina.

Cinta Jangan Kau Pergi 7

Sejak kebelakangan ini,Akma perhatikan Shafikah banyak termenung.Berkali-kali panggil baru Shafikah tersedar daripada lamunannya.Kadangkala tersenyum seorang diri.Risau Akma melihat gelagat Shafikah.Ketika Shafikah sedang bermalas-malas di atas katilnya malam itu,Akma memberanikan diri untuk bertanya.


"Ika,aku lihat kebelakangan ni kau dah banyak berubah.Apa yang kau fikirkan?"

Shafikah mengerutkan keningnya tanda tidak faham dengan pertanyaan Akma.

"Aku berubah?Kenapa kau cakap macam tu,"tanya Shafikah sambil menongkat dagu di atas katilnya.Muka Akma di pandang dengan minat.

"Yerler.Dulu muka kau muram jer.Macam orang jatuh kapal terbang.Sekarang,aku tengok kau selalu berkhayal.Mata pandang buku tapi fikiran kat tempat lain.Tegur sekali tak menyahut.Panggil berkali-kali,baru tersedar.Lepas tu,muka terus merah.Macam orang jatuh cinta jer lagak kau nih.Kau nie dah kenapa jadi macam ni.Aku yang tengok pun risau,"Akma menjelaskan.

Shafikah tersengih dan mukanya terus merah mendengar penjelasan Akma.

"Hm.Takder apa-apalah.Saja nak ubah angin.Tak boleh ker?"

"Aku bukan apa.Kau kan kawan baik aku.Sejak bila kau jadi perahsia ni.Dulu tak pernah pun kau sorokkan sesuatu dari aku."

";La..Betul takder apa-apa.Aku ok jer ni.Kau yang risau lebih-lebih."

"Oh..Nak rahsia lagi yek.Jaga kau.Lambat laun aku akan tau juga."balas Akma.Dia terus bangun menuju ke Shafikah.Niatnya mahu mengusik Shafikah.

"Argh.Janganlah Akma.Gelilah.Yerlah,aku bagitau.Cukup-cukup,jangan cucuk pinggang aku lagi.."Shafikah menepis-nepis tangan Akma yang berada di pinggangnya.Nafasnya sesak kerana menahan gelak dan kegelian akibat dipermainkan Akma.

"Hah,cepat bagitau aku.Kalau tak aku cekik kau."

"Oh,main ugut yek.Takper,nasib baik kau kawan baik aku.Hm..macam mana nak citer yek.Tapi kau janji jangan gelakkan aku."Shafikah memandang Akma yang memegang tangannya.

"Kau tak citer lagi.Macam mana kau tahu aku gelak ker tak?Dah cepat citer.Karang aku cucuk pinggang kau lagi."

"Aku..aku..."

"Apa hal plak tergagap-gagap ni.Pelik betul aku tengok kau Ika."Akma memandang Shafikah yang tersipu-sipu malu.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta."Akhirnya kalimah keramat tuh terluah juga dari mulutnya.

Akma terus menutup mulutnya.Tidak percaya dengan apa yang di dengar daripada Shafikah.Namun tiba-tiba,dia ketawa berdekah-dekah.Shafikah pulak pelik melihat gelagatnya.

"Kan aku dah kata,jangan gelakkan aku.Aku dah jangka mesti kau gelakkan aku punya.Ko ni bukan betul sangat."Akma disebelahnya dicubit-cubit geram.

Akma terus bangun melarikan diri ke katilnya daripada terus dicubit Shafikah.Namun ketawanya masih lagi bersisa.

"Tahniah,Ika.Saper jejaka yang malang tu?"perli Akma sambil tersengih.

"Apa plak malang.Beruntung tau?"

"Yerlah,malang lelaki tu pasal berjaya buat kawan aku yang siang malam sedih nih jatuh cinta.Siapa dia Ika?Aku kenal ker?"Akma cuba mengorek.

"Adli."balas Shafikah ringkas namun cukup membuatkan Akma terperanjat.

"Adli,bekas adik ipar abang kau tuh ke?Eh,bukan dia dah bertunang ker?Kau jangan main-main Ika?Karang tak pasal-pasal tunang si Adli tu serang kau lagi,"balas Akma bimbang.

"Hm.Aku pun fikir macam tu juga mula-mula.Tapi,Farah dah banyak kali serang aku.Aku dah lali.Lagipun,Adli dah putus tunang dengan Farah.Takder sebab dia nak marah aku."

Shafikah teringat pertemuannya dengan Adli di tepi tasik kampus sebulan lepas.Muka Adli yang keruh dipandang lama.Hatinya simpati dengan nasib Adli.Rintihan Adli tentang sikap Farah dan yang paling tidak disangka apabila Adli memberitahunya yang Farah telah meminta agar pertunangan mereka diputuskan.Setahunya,dalam pertemuan sebelum itu,Adli ada menyatakan bahawa di ingin memutuskan pertunangan tersebut sekiranya Farah tidak mengubah sikap buruknya.Petang itu juga menjadi saksi sementelah Shafikah menjadi pendengar setia masalah Adli.Shafikah juga masih lagi teringat saat-saat apabila Adli melamarnya.

"Ika,sebenarnya dah lama Adli nak cakap perkara ni pada Ika.Adli tahu Adli tak sepatutnya berperasaan begini tapi Adli tak berdaya nak menghalangnya.Semakin lama,perasaan ini makin mendalam dan Adli tak mahu menyimpannya lagi.Biarlah Adli meluahkan agar hati Adli tidak terseksa merindu,"ujar Adli dan dengan segera tangan Shafikah dicapai.Namun cepat-cepat Shafikah menepis.

"Ika,disebabkan sekarang tiada apa yang mengikat Adli.Adli ingin nyatakan pada Ika bahawa dengan nama Tuhan,Adli sangat menyayangi dan mencintai Ika.Adli sedar Ika masih lagi isteri Abang Azhari tetapi Adli nak Ika tahu yang Adli sanggup tunggu Ika sampai Ika bebas daripada ikatan perkahwinan itu dan sanggup sehidup semati dengan Adli.Melahirkan zuriat untuk Adli.Adli sanggup tunggu Ika.Biar beribu tahun,namun sayang dan cinta Adli takkan berubah."Mata Shafikah direnung lembut dan dengan perasaan sayang yang menggebu-gebu di dalam hatinya.Lantas Shafikah ditarik dalam pelukannya.

"Adli tahu memang sukar untuk Ika terima semua ini.Adli dah lama sukakan Ika dan bila mendengar Ika berkahwin Adli rasa nak bunuh diri.Berbulan-bulan Adli menyalahkan diri sendiri kerana tidak berterus terang dengan Ika.Adli sentiasa mendokan kebahagiaan Ika,orang yang Adli sayang walaupun hakikatnya Adli merana.Adli ingatkan dengan kehadiran Farah dapat mengusir semua perasaan sayang Adli pada Ika tetapi di sudut kecil hati Adli,Ika tetap Adli puja.Bila kita bertemu di sini,Adli rasa gembira sangat.Adli tak sepatutnya berasa gembira tetapi entah kenapa Adli rasa sebaliknya.Malah rasa sayang dan cinta yang Adli rasakan dah mati buat Ika dulu semakin berbunga-bunga.Adli tak kisah kalau Ika menolak kerana hati Adli rasa puas hati dapat meluahkan apa yang Adli rasa pada Ika."

Shafikah yang terpaku mendengar luahan hati Adli hanya menurut apabila Adli memeluknya. Dia tahu dia tidak sepatutnya membiarkan Adli memeluknya.Akalnya melarang tetapi hatinya merelakan.Dia seakan tidak berdaya.Kebahagiaan mula menerjah ke dalam hatinya.Dia tersedu-sedu dalam pelukan Adli namun apabila berada di dalam pelukan Adli semua derita dan kesedihan yang bertamu selama ini seakan terbang.

"Eh,Ika.Kenapa kau menangis.Dahsyat betul kau ni.Baru usik sikit dah nangis.Kau rindu pada Adli ke?"Akma terkejut melihat pipi Shafikah bergenang air mata.

Shafikah segera mengesat pipinya.Dia tidak sedar yang dia menangis.Rindu pada Adli semakin membahang.Ya,Tuhan inikah penamat segala derita yang ku alami selama ini.Mungkinkah jodohnya bukan bersama Azhari.Azhari sudah berbahagia dengan Rina,mungkin kini sudah tiba masa untuknya menggapai kebahagiaan.

"Ika,boleh aku tau kenapa Adli boleh putus tunang?Dari dulu aku dah rasa yang diorang berdua tuh tak serasi.Nasib baik baru bertunang.Kalau dah kahwin sampai cerai berai kan susah."Rupa-rupanya Akma masih memikirkan tentang hal Adli dan Farah yang putus tunang itu.Dia tidak perasan soalannya itu membuatkan Shafikah terasa.

"Aku yang tak cerai lagi ni pun boleh kena madu.Mungkin tak serasi sampai Azhari kahwin lain.Hm,Adli kata Farah jumpa orang yang lagi kaya daripada dia.Aku pun sedih juga bila mendengar cerita Adli tu.Diorang dah bertunang lama.Ingat lepas grade boleh terus kahwin.Mungkin tiada jodoh.Entahlah,Akma.Nasib kita ni tak boleh diramal.Kita buat baik,orang buat jahat.Asalkan kita pandai jaga diri dan tidak tergelincir daripada landasan agama sudah,"kata Shafikah lirih.

Akma terus terdiam.Menyesali kelancangan mulutnya.Tetapi dalam diam dia bersetuju dengan kata-kata Shafikah.

"Aku minta maaf Ika kalau kata-kata aku tadi membuatkan kau sedih.Hm..abis kalau kau jadi dengan Adli.Macam mana dengan Azhari.Dia masih suami kau yang sah bukan?"tanya Akma.

"Inilah yang membuatkan aku runsing.Aku memang sayang dengan Azhari walaupun dia buat macam tu pada aku.Namun sayang aku padanya tak lagi seperti dulu.Aku rasa berdosa pulak cakap mcam tuh,tapi aku rasa aku juga sayangkan Adli,"Shafikah mengurut-urut dahinya.

"Takperlah,Ika.Kau jangan susah hati.Aku ada sorang kawan kerja kat pejabat agama.Aku try tanya pendapat dia berhubung masalah kau ni.Walau macam mana pun aku tetap sokong kau.Ok,jom tido.Esok kata nak keluar shopping.Kena simpan banyak tenaga untuk esok ni."Akma mengingatkan Shafikah.

"Terima kasih Akma.Tak terbalas aku budi baik kau,"Shafikah segera datang ke katil Akma dan memeluk Akma erat.Akma membalas pelukan Shafikah.Mereka berpandangan sambil tersenyum dan Akma berdoa agar selepas ini Shafikah berbahagia dengan Adli.

Cinta Jangan Kau Pergi 6

Burung camar yang berterbangan berkumpulan kelihatan menghiasi dada langit.Shafikah berjalan di gigi air Pantai Port Dickson sambil memegang kasut.Ombak yang menggulung dan berkejaran dari tengah laut dan akhirnya rebah menghempas pantai menampar-nampar kakinya.Semua itu,tidak Shafikah hiraukan.Dia tenang berada di sini.Menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan.Bagaikan terbang semua derita yang membelenggu dirinya.

Shafikah tiba-tiba teringat kata-kata yang pernah diucapkan oleh kawannya dulu,

"Kehidupan manusia memang tidak akan lengkap jika tidak bermasalah.Cuba kau pandang ombak.Ia tetap setia menghempas ke pantai,namun akhirnya ia berderai jua. Ombak tu diibaratkan sebagai masalah.Bila ia berderai mungkin masalah itu telah dapat diselesaikan.Selesai satu,datang lagi satu.Apa yang kita perlu buat adalah berjuang mengatasinya"

Shafikah tidak dapat menafikan kata-kata kawannya itu.Pandangannya dilemparkan ke arah pantai yang dipenuhi dengan orang ramai yang datang untuk mandi-manda dan berkelah bersama keluarga.Shafikah tersenyum sendirian mengingatkan ketika dia kecil dulu,dia selalu di bawa ke pantai untuk berkelah.Bagai terngiang-ngiang suara jeritannya mengejar abang Shah yang gemar mengusik.Abah dan ibu hanya tersenyum memerhati gelagat mereka.

Ahh.....rindunya pada mereka.Walaupun jasad mereka telah ditelan bumi,namun kenangan indah bersama mereka masih terpahat di ingatan.Itulah miliknya yang abadi bagi mengubati kerinduan kepada abah,ibu dan abang.Kalau tiada iman di dada,mahu saja Shafikah mengikut jejak mereka.

Tiba-tiba bahu Shafikah di tepuk dari belakang.Aroma minyak wangi Ise Miyake menusuk hidungnya.

"Hai,kak! Termenung jauh nampak.Nasib baik laut tu tetap macam tuh.Macam nak telan aku tengok kau tenung."Zaza tergelak sambil mengusik Shafikah.

Shafikah mengurut dadanya.Nasib baik aku takde sakit jantung.Kalau tak dah lama rebah kat sini.

"Eh,makcik.Yang kau ni pakai sergah jer ni naper?Dah tak pandai beri salam ?Memeranjatkan aku je."Lengan Zaza di tampar lembut.Mukanya masam kerana geram dengan Zaza.

"Nak salahkan aku plak.Aku panggil kau dari jauh lagi,kau tu jer yang tak dengar.Sibuk melayan perasaan.Ika,apa yang kau fikirkan tu.Jangan kusutkan kepala kau lagi.Kita datang sini kan nak bergembira bukan nak tambah beban perasaan."

Sewaktu Zaza mengajak Shafikah ke sini,laju saja Shafikah mengangguk bersetuju.Tapi kini diperhatikan muka Shafikah yang mendung,Zaza mula serba salah.Shafikah hanya senyum mendengar kata-kata Zaza.Di paut tangan Zaza sambil berjalan menyusuri pantai.

"Aku cuma terkenang peristiwa lama.Tiada apa-apa yang perlu kau bimbangkan.Aku ok.Jom kita makan nak?Aku laparlah."

"Kau ni kalau bab makan cepat jer.Jomlah,aku pun lapar jugak.Kejap,ko tunggu aku kat sini.Aku nak pi ambik kasut aku kat bawah pokok tuh,"Zaza segera meleraikan pautan tangan Shafikah seraya menunjuk ke arah sebuah pokok.

"Jangan lama-lama.Kang aku pengsan kelaparan plak kat sini,"jerit Shafikah kepada Zaza yang sedang berlari-lari anak menuju ke pokok tersebut.

Selepas makan,Zaza terus memandu pulang ke rumahnya.Shafikah telah bersetuju untuk menginap di rumahnya untuk beberapa hari.Sebelum itu,dia sempat singgah di kedai untuk membeli sesuatu.

Malam berlalu dengan pantas.Seharian Shafikah mengikut Zaza berjalan. Walaupun terasa letih tapi dia berasa gembira.

"Aku betul-betul gembira hari ni..Za,"kata Shafikah apabila mereka sedang berbaring sementara menunggu mata terpejam.

"Kenapa?"Tanya Zaza perlahan.Tangannya memeluk bantal rapat ke dada.

"Yalah,dapat jalan-jalan makan angin.Dapat makan free.Dapat berbual dengan kau.Tapi macam nak patah kaki aku.Aku rasa dah lama kita tak buat macam ni kan.Lepak-lepak,ronda-ronda."

Tersenyum Zaza mendengarnya.Itulah yang diharapkan agar Shafikah kembali ceria.

"Agak-agak nak dekat 8 tahun ada rasanya.Yalah,lepas dapat result SPM aku ke oversea,future study.Kau plak masuk UITM.Aku balik sini,kau dah kahwin.Sebab tu kita tak dapat buat aktiviti lama macam dulu-dulu.Terutama lepak kat taman bunga sebelum pergi tuisyen. "

"Aku paling tak dapat lupa masa balik sekolah dulu yang kita tengah lepak-lepak kat taman bila kau nampak Haris lalu.Kau cepat-cepat sorok belakang bangku.Pulak tu,Haris datang kepada aku tanya nampak kau ke tak?"Meledak ketawa Shafikah.

"Aku pun tak sangka dia akan cari aku.Kemudian,boleh pulak dia duk sebelah kau borak-borak.Rasa macam nak masuk dalam tanah jer waktu tu.Tapi nasib baik,dia tak perasan yang aku merangkak.Pokok pagar tu jadi penyelamat aku.Malu tak usah citer,dahlah baju sekolah aku kotor.Nasib baik tak ramai orang kat taman masa tuh,"rengus Zaza.Shafikah masih lagi ketawa.

"Siapa suruh kau merangkak?Padanlah dengan muka kau.Kenapa kau tak suka sangat kat dia?Hensem apa dia tu.Top student.Aku dengar mak dia doktor,ayah dia lawyer.Tu pun kau taknak,"Shafikah masih malambakkan ketawanya.

"Ish.Buaya tembaga tu.Muka hensem tapi perangai macam setan.Cari penyakit jer kawan dengan orang macam tu.Tukar perempuan macam tukar baju.Tak kuasa aku nak layan ," kata Zaza sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kau ni.Haris tu ok apa.Masa dia sibuk nak kawan dengan kau tu,aku tengok dia dah kurangkan aktiviti 'tukar baju' tu.Tapi last-last kau cair jugak dengan dia kan."Shafikah cuba mengusik Zaza.

"Aku terima pun pasal aku bosan tengok muka dia yang tak tau malu tu buat muka kesian.Anyway,kau pun tahu..kau punya idea jugak kan.Dia kena bagi kita tuisyen free,jadi tutor tak bertauliah kat kita berdua,"Zaza menjeling Shafikah yang tersengih-sengih.

"Terima kasih banyak-banyak kat Haris.Kalau tak kerana bantuan Haris,kita berdua tak berjaya macam ni.Aku dengar sekarang dia jadi lawyer.Kau tak contact langsung dengan dia ker,Za.Rugi tau,lawyer selalunya kaya-kaya.Senang hidup kau nanti,tak payah keje dengan orang.Jadi 'mem'jer kat umah,"Shafikah cuba mengusik Zaza.

"Aku blah gitu je.Malas lah aku nak layan dia tu.Dia ada jugak call aku kat rumah lepas kita habis SPM.Tapi aku malas nak layan.Last-last senyap macam tu je.Kaya tak kaya.Yang penting hati aku tak tak berkenan dengan dia,"kata Zaza sambil menggosok-gosok matanya.

"Tak baik buat macam tuh.Karang panjang jodoh kau dengan dia baru kau tahu langit tuh tinggi rendah.Jangan plak lepas ni aku dengar orang yang kau tak berkenan tu jadi suami kau."Shafikah menjeling Zaza yang sedang memintal hujung sarung bantal.

Terjengil mata Zaza mendengarnya.Namun,selepas itu dia ketawa.Dia tahu Shafikah sengaja mengusiknya lalu dicubit pipi Shafikah dengan geram.Mereka berdua terus berbual dan akhirnya setelah letih mereka tertidur.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keratan akhbar Mingguan Malaysia mengenai tawaran kemasukkan sepenuh masa yang di keluarkan oleh Universiti Malaysia Sabah,Shafikah belek dengan minat.Bagus juga kalau aku sambung belajar.Selepas Shafikah mendapat diploma dari UiTM,dia terus bekerja.Dia sebenarnya bercadang untuk menyambung ke peringkat ijazah tetapi berita kemalangan keluarganya telah menyebabkan dia patah hati untuk meneruskan niatnya itu.

Hm...;tempoh pengajian empat tahun.Maksudnya umur aku dah 30 tahun baru aku grade.Dah lama tak pegang buku,agak-agak otak aku ni boleh terima lagi tak agaknya? Takper,baik aku tanya Zaza bila dia balik kerja nanti.Shafikah bermonolog sendiri.

"Baguslah tu Ika.Daripada kau fikir yang bukan-bukan tentang Azhari,baik kau sambung belajar.Ada faedahnya,"Zaza menjawab semasa Shafikah mengutarakan perkara itu.

"Hm,tapi apa kata Azhari nanti.Aku serba salah sebenarnya.Separuh hati aku kata suruh pergi,separuh lagi kata jangan,kesian pada Azhari,"kata Shafikah semasa mereka sedang makan malam.

"Balik-balik jantan tu jugak kau ingat.Dia tu entah-entah langsung tak ingat pada kau.Tak usahlah fikir pasal dia.Buat menyakitkan hati aku je."Pinggan di hadapannya ditolak.Hilang seleranya bila mendengar nama Azhari disebut.

";Buruk-buruk Azhari tu,dia tetap laki aku.Sepatutnya aku yang benci dengan dia,tapi aku tengok kau pulak yang emosional,"jawab Shafikah.

"Suami apa macam tu.Jenguk isteri ikut suka.Entah kau ni hidup ker mati ker,tak pernah ambil kisah.Lelaki macam tulah.Masa sayang kita di tatang,masa benci kita dibuang.Macam pepatah lama kata, 'dah dapat gading bertuah,tanduk sudah tak berguna lagi.Dia dah buat kau macam tu,kau still lagi nak pertahankan dia,"Zaza meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Ika,aku bukan nak hasut kau supaya tinggalkan Azhari.Tetapi sekali-sekala kau kena fikirkan tentang diri kau jugak.Azhari dah bahagia dengan Rina sehingga sanggup mengabaikan kau.Kau pun sepatutnya buat sesuatu yang boleh menggembirakan kau.Semasa berjauhan nanti,kau fikirlah masak-masak tentang hubungan kau dengan dia.Kutiplah serpihan-serpihan kebahagian kau yang tercicir.Kalau memang telah Tuhan tetapkan Azhari jodoh kau,walau ke hujung dunia pun kau pergi dia tetap milik kau."

"Ika,aku harap kau tebuslah masa kau yang terbuang kerana meratapi Azhari.Capai cita-cita kau dulu kemudian baru kau fikirkan tentang hubungan kau dengan Azhari.Aku tahu ia perit,tapi kau kena tabah.Memang susah nak buat keputusan sekarang tapi aku harap kau fikirkan kata-kata aku ni.Aku sayangkan kau Ika dan aku sentiasa berdoa kau selalu memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.Insya Allah."

Terdiam Shafikah mendengar kata-kata Zaza.Sedikit sebanyak Zaza telah membuka mata hatinya tentang hubungan dia dan Azhari.Aku perlu kuatkan semangat aku.Perjuangan hidupku masih belum selesai.Tanggungjawabku sebagai isteri telah aku jalankan sebaik mungkin.Azhari pula tidak menjalankan tanggungjawabnya terhadapku selepas memiliki Rina.Oleh itu,Azhari tidak boleh menyalahkan aku sekiranya aku melepaskan tanggungjawabku demi segulung ijazah.Shafikah masih lagi duduk di meja makan walaupun Zaza telah lama berlalu masuk ke dalam biliknya untuk memberi kesempatan Shafikah berfikir.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azhari masih lagi geram dengan tindakan Rina tidak mahu mengikut dia ke rumah mak dan ayahnya.Jalan di hadapannya pula tiba-tiba sesak.Bertambah-tambah geram di hati Azhari.Nak cepat, dah jadi lambat pula sekarang.Dalam mengingati kenangan bersama Shafikah,dengan tidak semena-mena lagu nyanyian Sheila Majid, 'Cinta Jangan Kau Pergi' ,tiba-tiba ke udara di radio kereta. Azhari bertambah sayu dan rindu pada Shafikah.Lagu tersebut merupakan lagu yang sering dinyanyikan oleh Shafikah.

Dia pernah bertanya pada Shafikah mengapa lagu tersebut menjadi pilihan,namun Shafikah hanya tersenyum dan menyuruh dia mendengarnya dengan teliti.Dia hanya ketawa mendengarnya.Tetapi setelah Shafikah pergi,dia terjumpa kaset nyanyian penyanyi kecil molek itu di dalam kereta Shafikah.Mungkin Shafikah tertinggalkannya.Mula-mula dia rasa lagu tersebut sama seperti lagu penyanyi lain,tetapi semakin lama dia menghayati lagu ini,baru dia faham kenapa Shafikah suka memasang lagu ini setiap kali menaiki kereta dengannya.

Cinta jangan kau lari
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau pergi
Apalah erti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang

Azhari kesal benar dengan tindakan Shafikah meninggalkannya ketika dia sedang bertugas di luar daerah.Namun bila dihitung tindakan dan layanan kepada Shafikah setelah dia menikahi Rina,Azhari mula sedar bahawa Shafikah pergi membawa hati yang luka.Apabila sampai di rumah waktu itu,dia sengaja tidak menekan loceng.Dia mahu memberi kejutan kepada isterinya.Puas di cari Shafikah seluruh rumah,namun tidak di temui.Di dapur telah siap juadah dan air untuknya.Shafikah tahu dia pulang hari ini,hati Azhari girang.Tetapi di mana Shafikah?Mungkin Shafikah keluar dengan kawannya.

Azhari segera duduk di sofa.Dia terasa penat kerana memandu dari Pulau Pinang.Dasi di lehernya di uraikan dan di campakkan di atas meja di depannya.Tiba-tiba dia terpandang sepucuk surat yang berdakwat basah tertera namanya.Tulisan Shafikah ni.Tanpa lengah Azhari membuka surat tersebut dan membacanya.



Buat Abang yang Ika hormati,
Terlebih dahulu Ika nak pohon ampun dan maaf kerana keluar rumah tanpa izin abang.Ika juga harapkan abang halalkan makan dan minum Ika sepanjang 2 tahun kita hidup bersama.Ika tak mampu menanggung perasaan ini bang,sebab itu Ika mohon untuk pergi dari hidup abang kerana Ika tahu abang tak bahagia sepanjang bersama dengan Ika.

Abang,
Ika tahu Ika banyak terhutang budi dengan abang dan keluarga abang.Ika tak mampu nak membalasnya tetapi Ika harap suatu hari nanti Tuhan akan balas budi baik abang sekeluarga.Terima kasih kerana sudi mengambil Ika sebagai isteri dan menjaga Ika dengan baik sepanjang kita berkahwin.Ika anak yatim piatu dan hanya kepada abang,mak dan ayah tempat Ika menumpang kasih.Terima kasih atas segala kasih sayang yang abang sekeluarga berikan.

Abang,
Walaupun kita berdua tak pernah bercinta sebelum kahwin tapi Ika bahagia dengan perkahwinan ini.Ika tahu,abang sebenarnya dipaksa kahwin dengan Ika.Ika minta maaf tapi waktu itu Ika tak tahu.Kalau Ika tahu Ika akan tolak lamaran keluarga abang.Apabila kita telah selamat diijabkabulkan,Ika telah berjanji pada diri akan membuat yang terbaik untuk abang.Meskipun,pada awal perkahwinan Ika rasa diri terabai,Ika sentiasa menunggu saat abang menyedari kewujudan Ika.Kita berdua bahagia selepas itu,Ika rasa gembira sangat kerana Tuhan telah membuka pintu hati abang untuk Ika.

Abang,
Ika minta maaf sekiranya sepanjang kita berkahwin,abang rasa tidak puas hati dengan layanan dan cara Ika.Itu sahaja yang mampu Ika berikan.Ika juga memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf dan Ika harap abang sudi maafkan Ika.Ika telah menjadi penghalang di antara hubungan abang dan Rina.Ika tahu bila abang minta izin daripada Ika untuk menikahi Rina,abang sudah tak perlukan Ika dalam hidup abang lagi.Ika mahu abang bahagia dan Ika tak mahu menjadi batu penghalang di antara abang dan Rina.Oleh itu,Ika membuat keputusan untuk pergi.

Abang,
Sepanjang Ika hidup dengan abang,Ika akui abang seorang anak yang taat kepada ibu bapa.Kalau tak masakan abang sudi mengambil Ika sebagai isteri walaupun ketika itu di hati abang hanya tertulis nama Rina..Abang juga seorang suami yang baik dan Ika harap abang akan jadi suami yang terbaik untuk Rina.Ika sentiasa mendoakan kebahagiaan abang.Tentang mak dan ayah,abang tak usah risau kerana Ika telah menulis surat untuk menyatakan sebab Ika pergi.Abang tak perlu bimbang,kerana Ika telah meminta agar abang tidak disalahkan atas pemergian Ika.

Abang,
Pemergian Ika ini diharap dapat menebus kesilapan Ika kerana menghancurkan kebahagian abang dan Rina.Jangan cuba di cari ke mana Ika pergi.Ika akan cuba hidup berdikari tanpa abang di sisi.Ika harap abang hormati keputusan Ika.
Maafkan Ika,bang di atas segalanya.Sesungguhnya,abang tetap dalam hati Ika sampai bila-bila.Selamat tinggal.

Shafikah binti Abdul Aziz



Azhari terpaku.Tidak percaya dengan isi kandungan surat itu.Berkali-kali di baca dan berkali-kali juga di gosok matanya untuk memastikan dia tidak bermimpi.Teringat sesuatu dia tiba-tiba berlari ke kamar.Azhari segera membuka almari baju Shafikah.Kosong,yang ada hanya songket benang emas yang di pakai Shafikah semasa hari persandingan mereka.Setitis air matanya tiba-tiba luruh di pipi.Namun segera disekanya.Azhari memerhati sekitar bilik.Bau wangian Shafikah masih lagi berbekas.

Di atas meja solek,terdapat sebuah kotak baldu yang sederhana besar.Azhari masih ingat kotak itu diberikannya kepada Shafikah pada ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.Di ambil kotak tersebut dan dia duduk di atas katiil.Kotak tersebut di buka perlahan-lahan,tapi apabila melihat kandungan kotak tersebut tiba-tiba sahaja dia menangis.

Di dalam kotak tersebut,terletak elok semua barang kemas yang pernah di hadiahkannya kepada Shafikah.Yang paling memilukan hatinya,terdapat juga cincin emas putih kesayangan Shafikah.Cincin pernikahan mereka.Azhari benar-benar tidak menyangka bahawa Shafikah sanggup meninggalkan cincin tersebut.Kini dia yakin Shafikah memang benar-benar telah meninggalkan dirinya.

Cinta Jangan Kau Pergi 5

Mendengar penerangan doktor Rohadi tentang Shafikah, Zaza merasa sungguh simpati.Walaupun,dia telah lama tidak bersua dengan Shafikah tetapi persahabatan yang mereka jalin sejak dibangku sekolah tidak pernah putus.Sebagai seorang kawan,dia rasa dia patut menolong Shafikah kerana Shafikah banyak memberi semangat dan dorongan kepadanya ketika dia dalam susah atau senang.

Zaza juga merasa geram dengan Azhari.Mendengar permintaan Shafikah agar hal ini tidak diberitahu kepada keluarga mentuanya membuatkan dia akur.Shafikah dah banyak menderita.Biarlah kali ini dirahsiakan Shafikah yang terlantar dihospital.Zaza juga mengambil cuti demi untuk memastikan Shafikah pulih.Dia tahu di saat ini,Shafikah perlukan seseorang untuk menemaninya.Shafikah memang seorang yang tabah,sudahlah yatim piatu,suami tempat untuk mengadu berkahwin lain dan kini anak yang diharapkan dapat mengubat sensaranya pula gugur.
Bunyi sorongan troli membuatkan Shafikah tersedar dari lenanya.Dia terpandang Zaza yang tidur lena di atas kerusi di sebelah katilnya.Timbul kasihan pada Zaza kerana tidur dalam keadaan tidak selesa.Dia mahu bangun untuk minum air kerana tekaknya terasa kering tetapi kesakitan menguasai diseluruh badannya.Shafikah terbaring semula.Ketika itu,Zaza turut tersedar dan menggosok-gosok matanya.

"Pukul brapa ni?Kau tak apa-apa kan Ika?"Zaza segera memegang tangan sahabatnya itu.

"Tak,aku cuma terasa haus.Tapi aku rasa sakit seluruh badan.Nak bangun pun tak larat."

"Ish,kau ni.Janganlah macam tu.Lain kali kalau nak apa-apa kejutkan aku.Kau tu baru lepas operation." Riak muka Zaza kelihatan keruh.

"Aku taknak susahkan kau.Lagipun kau tengah lena sangat.Tak sampai hati aku nak kejut.Kau dah tolong jaga aku ni pun dah cukup baik."

"Ika,kau jangan cakap macam tu.Aku tak susah apa-apa pun.Kau kan kawan baik aku.Kalau aku di tempat kau pun,aku rasa kau akan buat benda yang sama.Aku sayangkan kau,sebab tu aku nak jaga kau sampai kau betul-betul sembuh,ok."

Terasa panas mata Shafikah.Dia terharu dengan kata-kata Zaza.Lantas ditariknya Zaza ke dalam pelukannya.

"Terima kasih Zaza.Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.Aku takkan lupa pengorbanan kau ni."Ika terus tersedu.Air mata yang cuba di tahan dari tadi akhirnya gugur jua.

"Hm.ok-ok.Dah-dah,jangan sedih lagi ok.Karang aku pun nangis sama.Kita jangan cakap pasal benda ni lagi ok."

Zaza menepuk-nepuk belakang Shafikah.Cuba menenangkan Shafikah.Dia tidak mahu Shafikah terus hanyut dalam tangisannya.Tambahan pula,Shafikah belum pulih.Dia tidak mahu menambah beban kesedihan pada Shafikah.Bagi Shafikah,tangisan itu bukan sahaja kerana mendengar kata-kata Zaza.Tetapi kerana di saat ini,dia tiba-tiba teringat Azhari.Tiada lain yang lebih penting baginya melainkan kehadiran Azhari.Namun,mengenangkan Azhari yang sedang bergembira dengan madunya.Dia hampa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah dua bulan setengah kejadian tersebut berlaku.Walaupun zahirnya Shafikah nampak ceria tetapi hakikatnya dia menyesali kecuaiannya yang menyebabkan dia kehilangan kandungannya.

Azhari pula sudah hampir seminggu tidak ke rumahnya.Dia malas nak bersuara.Itu hak Azhari.Azhari sudi pulang ke rumah bertemu dengannya,sudah dikira beruntung.Kalau mood Azhari baik,setiap lunch hour dia akan datang.Kalau tak,tunggulah sahajalah kedatangan Azhari.

Shafikah faham.Azhari sibuk dengan bini mudanya.Namun setiap kali,Azhari pulang ke rumahnya.Shafikah sedaya upaya melayan suaminya.Biarpun hatinya tercalar dengan perbuatan Azhari tetapi tanggungjawab sebagai isteri tetap diteruskan.Dia mahu Azhari senang dengan dirinya.

Kadangkala Shafikah kesal membenarkan Azhari kahwin lagi.Kadangkala juga dia rasa menyesal tidak berpisah dengan Azhari.Tentunya,hidupnya waktu ini tidaklah seperti ini.Biar tidak hidup dalam kemewahan tetapi hatinya senang.Harta peninggalan keluarganya juga mampu membiayai dirinya seorang sehingga dia tiada umur nanti.Namun,dia yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Shafikah pun tidak faham dengan dirinya sekarang.Dia sentiasa meratap nasib malangnya.Hatinya mudah terasa,mudah benar mengalirkan air mata.Sifat cekal dan tabah yang ditanam sejak kehilangan keluarganya dalam nahas dulu seakan pudar dan hilang.Zaza sudah puas mempengaruhinya agar meninggalkan Azhari.Tapi Shafikah enggan.Dia sayangkan Azhari walaupun kini dia tidak tahu sama ada Azhari sayang kepadanya lagi atau tidak.

Sayangnya pada keluarga mentuanya juga membuatkan Shafikah berat hati untuk meninggalkan Azhari.Yang bersalah adalah anak mereka bukan mereka.Lagipun ,hanya pada mereka tempat Shafikah menumpang kasih.Shafikah juga tidak dapat melupakan budi baik mereka yang menemani dan memberi sokongan padanya ketika Azhari ingin menikahi Rina dahulu.Hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya.

Sedang asyik dia melayan perasaan,tiba-tiba terdengar bunyi kereta Azhari memasuki halaman rumah.Shafikah bingkas bangun.Dia segera mengemaskan dirinya.Dia cuba menarik nafas panjang-panjang dan dilepaskan dan dipaksa dirinya untuk tersenyum.

"Assalamualaikum,sayang.Ika apa khabar?Maafkan abang pasal dah lama tidak pulang ke sini.Abang banyak keje.Sorry yer sayang."

Pertanyaan dan alasan Azhari dibiarkan sepi.Ika segera menyambut kot dan briefcase dari tangan suaminya.Sebelum itu,dia tunduk mencium tangan Azhari.

"Abang tentu penat.Sekejap ye bang,Ika ambilkan air untuk abang."

"Nantilah dulu.Air tu boleh ambil sekejap lagi.Mari sini duduk di sebelah abang.Abang rindu nak tatap wajah Ika."

Tangan Shafikah Azhari paut dan dibawanya Shafikah duduk bersama-samanya di atas sofa.Azhari merenung wajah Shafikah,lantas dihadiahkan sebuah kucupan di pipi Shafikah.

"Abang minta maaf.Abang janji akan selalu menjenguk lka selepas ini.Ika rindukan abang tak?"

Azhari cuba menguji Shafikah.Dielus perlahan tangan Shafikah.

Shafikah hanya mampu mengangguk.Dia tidak tahu apakah ayat yang terbaik yang patut di berikan kepada Azhari agar Azhari mengerti isi hatinya.

"Abang rindukan masakan Ika.Ika masak apa hari ini?Perut abang pun dah lapar.Tengah hari tadi abang tak sempat lunch kerana banyak kerja yang nak kena siapkan," Azhari cuba menarik Ika untuk berbual dengannya.

"Hm..er..kasihan abang.Abang pergi mandi,semayang di atas.Sementara tu,biar Ika panaskan semua lauk dan hidangkan di atas meja.Then,kita makan sesama ok."

Azhari hanya diam dan merenung Shafikah.Renungan suaminya membuatkan Shafikah tunduk.Dia tahu dia pasti kalah kalau berlawan pandang dengan Azhari.Azhari akhirnya mengganggukkan kepalanya.Sempat juga dia mencium dahi Shafikah sebelum dia bingkas bangun dan melangkah ke tangga.

"Sedap lauk malam ni.Pandai Ika masak,"puji Azhari yang sempat menjengah meja makan sebelum berlalu ke sinki untuk membasuh tangan.

Shafikah menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya.Air sirap di tuang ke dalam gelas.Kemudian dia duduk di hadapan Azhari,menyenduk sedikit nasi untuknya.

Azhari menyuap laju nasi ke dalam mulutnya.Azhari tampak berselera dengan lauk malam ini,ayam masak cili padi.

"Sedap masakan Ika.Bertuah abang dapat isteri yang bukan sahaja cantik tapi pandai masak,"puji Azhari sambil menjeling Ika dihadapannya.

Shafikah hanya membisu.Nasi di suap perlahan-lahan.Ingin dijawab sahaja kata-kata Azhari tadi.Kalau abang bertuah,kenapa abang sanggup menduakan Ika?Apa salah Ika?.Namun,semua itu hanya dipendamkan dalam hati.Tidak terdaya menghabiskan nasinya,dia segera ke sinki.

Azhari hanya memerhati namun mulutnya berat untuk bertanya.Dia bercadang untuk bersemuka dengan Ika selepas mereka makan nanti

"Ika tolong buatkan abang air kopi boleh tak?"pinta Azhari semasa menghantar pinggan ke sinki.Shafikah senyum dan mengangguk.

Selepas mencuci pinggan,Shafikah segera menatang dulang dan sepinggan biskut ke ruang tamu.Namun belum sempat dia meletakkan dulang di atas meja,tiba-tiba handset Azhari berbunyi.

Azhari bingkas bangun.Dia mengambil handsetnya dan terus keluar ke halaman rumah.Setelah beberapa ketika,dia masuk kembali.

"Ika,maafkan abang.Abang perlu keluar.Ika tak payahlah tunggu abang balik malam ni."Tanpa pamitan,Azhari terus berlari menaiki tangga.

Shafikah hanya melihat kelakuan Azhari.Tidak mengiyakan atau menidakkan.Shafikah menghantar Azhari sehingga ke pagar.Azhari kelihatan tergesa-gesa,tanpa menghiraukan Shafikah keretanya meluncur meninggalkan perkarangan rumah.

Hati Shafikah sebal.Dia tahu panggilan tersebut daripada Rina. Apabila masuk ke rumah aroma dari air kopi berbau semerbak.Asap daripada air kopi tersebut di pandang.Hatinya sebak dan pedihnya bagai dihiris.Tiba-tiba sahaja Shafikah seperti mahu menangis.Sampai hati Azhari..

Cinta Jangan Kau Pergi 4

Puan Kalsom sedang sibuk menyusun hidangan di atas meja ketika makcik Gayah datang kepadanya dengan membawa sedulang cawan.

"Puan,tadi ada perempuan telefon.Dia suruh sampaikan ucapan tahniah kepada Puan sempena majlis ulangtahun perkahwinan Puan dan Tuan.Dia juga kirim salam sayang dan rindu pada Puan,"jelas makcik Gayah.

"Akak ada tanya nama dia tak?"Puan Kalsom terus menyusun hidangan tanpa menoleh ke makcik Gayah.
"Hm..Ada.Mak Gayah tak ingat sangat tapi rasanya dia sebut tadi nama dia,Shafikah,"terang makcik Gayah lagi.

Puan Kalsom terus menoleh memandang muka makcik Gayah.Tergamam.Riak mukanya nampak terperanjat dan secara tiba-tiba dia mula merasakan kepalanya mula berpinar-pinar.

"Ya,Allah.Abang..!!"jerit Puan Kalsom memanggil suaminya.Dia terus rebah tidak sedarkan diri dan mujur sempat disambut oleh makcik Gayah.

Tuan Arif segera bergegas ke tempat isterinya setelah mendengar jeritan isterinya tadi.Ketika itu,dilihat isterinya telah tidak sedarkan diri dan sedang dipangku Makcik Gayah.

"Som!Som!..Kenapa jadi macam nih,kak.Akak,bagitau saya,kenapa Kalsom jadi macam ni.Apa yang dah berlaku,"Tuan Arif bertanya dengan cemas.Tangannya segera mencapai tangan isterinya dan ditarik isterinya kedalam pelukannya.Tuan Arif segera mendukung Puan Kalsom ke bilik.

Makcik Gayah pun turut cemas melihat kelakuan Tuan Arif.Dia tahu lelaki itu sangat sayangkan isterinya.Dia juga risau sekiranya ada apa-apa yang berlaku pada majikannya.

"Tadi Puan sedang menyusun hidangan di atas meja.Kemudian saya beritahu dia,ada seorang perempuan telefon.Bila saya tanya,dia kata nama dia Shafikah.Dia ucapkan tahniah pada Tuan dan Puan sempena ulangtahun perkahwinan Tuan dan Puan.Kemudian,Puan panggil Tuan dan dia terus rebah.Nasib baik,saya sempat sambut,"kata Makcik Gayah.Dia pun takut juga sekiranya Tuan Arif akan memarahinya sebentar lagi.

"Shafikah?Akak sure yang call tadi,nama dia Shafikah?"Tuan Arif semakin tidak sabar namun tangannya tetap menggenggam tangan isterinya.

"Yer,Tuan.Dia cakap nama dia Shafikah.Dia nak bercakap dengan Puan,tapi saya kata Puan pesan kalau perkara mustahak je,panggil dia.Lepas tu,dia kata dia taknak ganggu Puan dan cuma suruh saya sampaikan pesanan.Maaf Tuan,kalau saya tahu benda ni jadi macam ni,saya takkan bagitau Puan tentang pesanan Shafikah tu,"jelas makcik Gayah dengan takut-takut.

Tuan Arif segera memandang isterinya.Dia menyelak rambut isterinya ke belakang dan tunduk mencium dahi isterinya.Kini baru dia mengerti isterinya pengsan kerana terperanjat dengan panggilan yang tidak dijangka daripada Shafikah tu.Isterinya sangat sayangkan Shafikah.Selama ini,mereka sekeluarga telah susah payah mencari Shafikah ke merata tempat,namun tidak berhasil.Tiba-tiba hari ini Shafikah telefon ke rumah dan isterinya tidak dapat bercakap dengan Shafikah kecuali mendengar pesanan yang disampaikan oleh Makcik Gayah.Makcik Gayah pun tak bersalah dalam hal ini kerana Makcik Gayah pun tak pernah tau tentang Shafikah..

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Azhari yang sedang dalam perjalanan ke rumah kedua ibu bapanya,tiba-tiba merasa rindu pada Shafikah.Dosanya terhadap Shafikah terlalu banyak.Walaupun Shafikah menguntum senyuman manis untuknya namun dia tahu Shafikah terluka.

"Ika, abang mahu meminta izin menikahi Rina," kata Azhari pada suatu petang ketika mereka sedang duduk di atas buaian selepas menikmati juadah petang.

Ika yang sedang galak ketawa tiba-tiba terdiam.Matanya buntang merenung tepat ke dalam mata Azhari.Cuba mencari riak-riak gurauan namun wajah Azhari kelihatan serba salah.Tangannya pantas mencari tangan Ika dan digenggam lantas dibawa ke dadanya.Tiba-tiba mata Ika terasa berpasir.Ya Allah,kau kuatkanlah hatiku.

"Abang minta maaf tapi abang tak mahu Ika terus dibohongi.Sebenarnya,..er..abang masih cintakan Rina.Di luar pengetahuan Ika,mak dan ayah..abang dan dia masih berhubungan.Maafkan abang,tapi abang memang tidak dapat melupakan Rina,"terang Azhari.

Ika masih lagi kaku dan tergamam dengan permintaan Azhari.Ikutkan hati,dia ingin meraung,menangis, merajuk meninggalkan Azhari.Mujur akal warasnya pantas bertindak.Mana mungkin dia bertindak demikian.Ke mana harus dibawa diri ini,jika benar...dia nekad meninggalkan diri Azhari.Ika cuba bertenang dan menarik nafas panjang-panjang,cuba memikirkan tindakan yang wajar diambil.Tanpa disedari,dia memeluk suaminya,tanda memberi sokongan,tanda terima kasih kerana Azhari sudi berterus-terang dengannya walaupun kenyataan dia merasakan kepalanya seolah-olah mahu pecah menahan sabar.

"Ika,izinkan abang kahwin."
Akhirnya,Ika meluahkan kata-kata tersebut.Pelukannya kepada Azhari enggan dilepaskan kerana bimbang air mata yang cuba ditahan sejak tadi disedari Azhari meskipun Azhari cuba untuk meleraikannya bagi melihat riak mukanya.Mungkin Azhari tidak menyangka,Ika nekad membenarkannya berkahwin dengan Rina.Sangka Azhari,Ika mungkin akan memaki-hamun dirinya.

Mana ada perempuan yang tegar membiarkan suami yang dikasihi sepenuh hati menumpahkan kasih sayangnya terhadap wanita lain.Tapi dia tak sepatutnya tamak dalam percaturan hidup berumahtangga ini.Walaupun tindakan Azhari itu telah memadamkan corak cinta dalam hati Ika,namun dia masih lagi bergelar isteri Azhari. Syurga seorang isteri adalah pada suaminya,tapi Ika masih tidak yakin adakah tindakannya ini tepat.Dalam tidak mahu menjalani hidup bergelar seorang janda,tambahan pula diri yang yatim piatu,dia carikkan perasaannya sendiri demi membahagiakan Azhari.Ika tahu walaupun dia berusaha keras demi memiliki hati dan perasaan Azhari sepenuhnya,dia tetap gagal.Untungnya,wanita bernama Rina itu,namanya tidak pernah mati dalam hati seorang lelaki bernama Azhari.

Dalam menghitung hari-hari Azhari bakal menduakan dirinya,selepas Azhari telah ke pejabat,air matanya kembali mengalir bagaikan titisan hujan.Tambahan pula,mungkin kerana terperanjat,Ika diserang demam dan sering muntah-muntah namun semua itu tidak pernah diceritakan pada Azhari kerana akhir-akhir ini diperhatikan diri Azhari bertambah ceria.Wahai suami,benarkah kau bahagia di atas penderitaanku ini?

Sebulan setengah kemudian,Azhari selamat dinikahkan dengan Rina.Mujur ayah dan mak mertuanya bersama-sama disisinya bagi memberikan sokongan padu. Hanya segaris senyuman tawar dapat dihadiahkan kepada mereka berdua.Ika sudah tidak terdaya meratapi nasib malangnya.Harapannya Azhari akan adil dalam menjalankan tanggungjawabnya.Semasa berbaring dikamar yang pernah menjadi saksi penyatuannya dengan Azhari,Ika mengusap perutnya. Kandungan ini masih baru.Sesungguhnya,Tuhan itu Maha Adil,dipinjamkan Azhari sebentar,dianugerahkannya zuriat bagi menggembirakan dirinya.

Pada mulanya,Ika bercadang memberitahu Azhari tentang kandungannya ini,namun sejak dia membenarkan Azhari menikahi Rina,perhatian Azhari terhadapnya semakin kurang.Ika merasa terpinggir,sedih dan muram.Dia tidak mahu merosakkan kebahagian Azhari dalam meniti detik-detik bergelar raja sehari.Kasihan anak ibu,Ika mengeluh sambil mengelus perlahan perutnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ika sedang dalam perjalanan pulang dari pasar ketika telefon bimbitnya berbunyi.Tetapi dia perlu berhenti di bahu jalan bagi mendapatkan telefon bimbitnya di dalam beg tangannya yang diletakkan dibahagian belakang.Kereta sedang bertali arus menyukarkan dia untuk ke bahu jalan.Deringan telefon bimbitnya masih berterusan.Semasa kereta dihadapannya berhenti kerana lampu isyarat merah,Ika segera menyambar beg tangannya di belakang.Namun,kerana kecuaiannya,tangannya telah terlanggar dan menolak gear ke tanda 'D'.Semasa dia berpaling ke depan,yang sempat diingatinya ialah dia telah menjerit memanggil nama Azhari.

Ketika dia membuka matanya,bau ubat menusuk-nusuk hidungnya.Dalam itu,matanya sempat menangkap kelibat seorang lelaki berjubah putih dihujung katilnya sedang bercakap-cakap dengan jururawat.Apabila menyedari Ika telah sedar,lelaki tersebut menghampiri Ika dan menghadiahkannya sebuah senyuman.

"Apa khabar puan?Saya Doktor Rohadi.Puan masih ingat apa yang telah menyebabkan puan berada di sini?"

Ika memejam matanya,cuba mengingatkan apa yang berlaku.Kepalanya terasa berdenyut-denyut.Perlahan-lahan dia menghela nafas dengan harapan dapat mengurangkan kesakitan dikepalanya.Dia sedang cuba mendapatkan beg tangannya dibelakang sebelum kemalangan ini berlaku.Kemudian,dia menganggukkan kepalanya.

"Boleh saya dapatkan nombor telefon suami puan?Kami perlu hubunginya kerana ada beberapa perkara yang ingin saya bincangkan dengannya,"jelas Doktor Rohadi sambil membetulkan cermin matanya.

Ika tersentak.Dia memegang kepalanya yang nyata masih pening kesan dari kemalangan.Secara tiba-tiba dia teringatkan bayi dalam kandungannya.Dia segera memegang perutnya.Dia seperti telah dapat menjangka apa yang terjadi.Air matanya perlahan-lahan mengalir.Suaranya kedengaran serak semasa bertanyakan doktor tersebut.

"Kenapa Doktor?Perkara apa yang ingin doktor bincangkan dengannya?Suami saya sedang berkursus di luar negara.Oleh itu,saya bertanggungjawab ke atas diri saya sendiri.Tambahan pula saya sebatang kara.Kalau ada apa-apa perkara yang membimbangkan berlaku terhadap saya,harap doktor tidak teragak-agak berterus-terang dengan saya.";

Ika tidak mahu menyusahkan Azhari.Suaminya itu sedang berbulan madu bersama Rina.Biarlah perkara ini ditanggungnya sendiri.Doktor Rohadi mengerutkan keningnya bagaikan tidak percaya dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut Shafikah.

"Saya harap puan faham, tapi saya terikat dengan polisi hospital.Kami tidak mahu menanggung sebarang risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini."

Shafikah hanya diam membisu.Air mata yang mengalir sejak tadi dirasakan semakin lebat menuruni pipi.Dia memejamkan matanya seketika.Perlahan-lahan dibuka kembali dan kemudian dengan kekuatan yang tinggal,dia bertanya pada doktor Rohadi

"Doktor,bagaimana dengan kandungan saya?"

Doktor Rohadi pada mulanya enggan memberitahu.Tetapi apabila dipandang wajah sendu Shafikah,dia membatalkan niatnya.

"Saya harap puan banyakkan bersabar dan tenang apabila puan mengetahui hal yang sebenarnya.Sebenarnya,bayi dalam kandungan puan mati akibat hentakan kuat akibat kemalangan yang puan alami.Oleh itu,saya ingin berbincang dengan suami puan atau saudara terdekat puan bagi mendapatkan tandatangan untuk membolehkan kami menjalankan pembedahan ke atas puan."

Cinta Jangan Kau Pergi 3

"Ina,abang penat ni.Boleh tak Ina dengar cakap abang?Mari kita pergi rumah mak.Janganlah pasal hal ni,kita nak bergaduh lagi;"pujuk Azhari.Rina yang sedang asyik membaca akhbar The Sun tu dipandang dengan geram.

"Mak Arie bukannya sukakan Ina.Malaslah Ina nak pergi kenduri tu.Alah kalau Ina takde pun majlis tuh jalan jugak.So,Arie pergi sorang jerlah.Cakap saja Rina ada meeting dengan client.Ayah tentu faham,dia pun orang bisnes gak;"kata Rina bila diajak Azhari ke rumah mak dan ayahnya petang itu.

"Memanglah ayah akan faham tetapi takkanlah hari Ahad pun nak kerja.Lagipun Ina kan menantu mereka,isteri abang.Kalau Ina tak pergi mesti mereka akan bertanya.Ina,apa salahnya Ina pergi demi abang.Kalau Ina dah tahu,mak tak sukakan Ina masa inilah Ina sepatutnya amik peluang ni untuk pikat hati mak,"pujuk Azhari dengan lembut.
Azhari tahu dia perlu memujuk Rina dengan hati-hati.Silap cakap boleh bergaduh mereka suami isteri.Selepas itu,Rina tidak akan menegurnya berhari-hari.Itu yang mahu dielakkannya.Dia tak sanggup,biarlah dia mengalah asalkan isterinya tidak bermasam muka dengannya.

"Ina rimaslah nak pakai baju kurung.Pastu kena jumpa ramai orang.Saudara-mara Arie mesti pandang serong pada Ina pasal rampas tempat Ika.Takyahlah Arie nak memujuk Ina lagi.Ina dah buat keputusan Ina tak nak pergi.Arie pun kalau tak nak pergi pun elok juga.Rumah ni takde siapa nak kemas.Bersepah macam tongkang karam.Baju kat bawah tu pun tak lipat-lipat hampir seminggu.Pinggan mangkuk kat sinki tu pun tak basuh lagi,"kata Rina sambil melangkah menaiki tangga menuju ke bilik.

Tengok tu,aku juga yang disuruh menguruskan rumah.Patutnya,aku yang suruh dia.Macam ni baik takpayah ada isteri.Hidup membujang pun sama juga.Lagi baik,hati dan telinga pun tak sakit.Butanya aku pasal tak sedar tentang perkara ni dari dulu.Harap muka jer lawa.Ada gak perempuan macam ni.Nak pergi pejabat punyalah dressing giler,penampilan diri dijaga,tapi rumah sendiri tak pandai kemas..Bodohnya aku,betul cakap ayah.Perempuan macam Rina tak sesuai dijadikan isteri.Seketika Azhari terkenang pada Shafikah.Dulu ketika bersama Shafikah,isterinya itu tidak pernah membebankan dirinya dengan tugas-tugas di rumah. Makan,pakai,keperluannya dijaga. Tau-tau dah siap.Balik kerja dah ada juadah atas meja.Dengan Rina,kadang-kadang dia sampai rumah dulu.Jangan kata nak buat air,masak air pun malas.Kadangkala bila terlihat Shafikah sedang melipat pakaian,dia pun akan duduk di sebelah Shafikah menolong isterinya.Aduhai kenapa diriku jadi begini,kata Azhari dalam dirinya.Dulu ada isteri,punya baik aku gatal nak kahwin lagi.Sekarang padan dengan muka aku.

Azhari terus mengambil kunci kereta dan melangkah keluar menuju ke keretanya.Dalam perjalanan nanti, akan difikirkan apakah alasan terbaik nak diberikan kepada mak dan ayahnya tentang ketiadaan Rina.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Shafikah berjalan ke hulu dan ke hilir di dalam biliknya.Di tangannya tergenggam telefon bimbit milik Akma.Akma yang sedang berbaring di atas katilnya sambil membaca nota hanya tersengih.Malas nak bertanya dengan gelagat Shafikah yang tak reti duduk diam dari tadi.Tetapi semakin lama dia pun makin rimas.Akama segera bingkas bangun dan terus mencapai handsetnya lalu di dailnya satu siri nombor sambil diperhatikan Shafikah dengan tanda tanya.

"Hah,nah cakap!" Akma terus menyerahkan handsetnya kembali kepada Shafikah.

"Nak cakap apa?Aku bukannya tahu kau telefon siapa!"Shafikah membantah keras.

"Kau cakap je.Sure lepas ni kau tahu siapa yang aku telefon,"jelas Akma sambil meneruskan pembacaan notanya.

"Hello!Rumah Tuan Arif dan Puan Kalsom!Siapa di sana?"orang di sana memperkenalkan diri.

Shafikah terus tergamam sambil bulat matanya memandang Akma.Siap kau Akma lepas nih,dengus Shafikah geram.

"Boleh saya ....errrr..Puan Kalsom ada?";tanya Shafikah perlahan.

"Siapa di sana.Puan Kalsom sudah pesan suruh tanya nama orang yang mahu bercakap dengannya.Kalau mustahak sahaja,dia mahu bercakap.Dia sedang sibuk,"jelas orang di sana.Pastinya orang gaji mak yang baru,kata Shafikah dalam hati.

"Hm.Kalau begitu takperlah saya taknak mengganggunya..Kirimkan salam sayang dan rindu saya pada Puan Kalsom. Tahniah di atas ulangtahun perkahwinannya yang ke 33 tahun.Sampaikan salam saya juga pada Tuan Arif.Katakan padanya saya minta maaf di atas segalanya.Cik,Puan Kalsom sihat ke?"tanya Shafikah selepas memberi pesan panjang lebar kepada orang gaji emak mertuanya.

"Hm.Puan Kalsom sihat.Tuan Arif juga.Boleh saya tau,siapa nama cik?";tanya orang gaji emaknya.

"Hm.Siapa di sana?"Shafikah terus bertanya.

"Saya makcik Gayah,cik.Orang gaji di rumah ini,"terang makcik Gayah.

"Baiklah makcik Gayah.Nanti makcik sampaikan segala pesanan saya tadi kepada Puan Kalsom dan Tuan Arif.Nama saya Shafikah.Terima kasih,makcik.Assalamualaikum.";Shafikah terus meletakkan telefon tanpa memberi ruang kepada makcik Gayah untuk bertanya lagi.

Cinta Jangan Kau Pergi 2

Ayah dan emaknya apabila tahu menantu mereka telah pergi meninggalkan dia,mereka hanya mampu mengeluh.

"Ayah dah jangka perkara ini akan berlaku.Wanita mana yang sanggup dimadukan.Shafikah tu, ayah lihat tiada kekurangannya.Tapi dengan Rina juga yang kau kejar.Kini Shafikah dah tiada.Mana kau nak cari dia?"luah ayahnya,Encik Arif sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Kesal dengan sikap anaknya,

"Mak sedih sangat tak dapat jumpa Shafikah buat kali terakhir sebelum dia pergi.Sekurang-kurangnya mak dapat nasihatkan dia.Kadangkala mak rasa biarlah dia pergi.Selama ini dia dah tanggung banyak penderitaan.Dan kau pulak,dah tambah penderitaan padanya dengan berkahwin lain,"kata maknya,Puan Kalsom sambil mengesat air matanya.
"Ayah tak tau apa yang Rina tu ada sampai kau lupa pada Shafikah.Memanglah dia berpelajaran tinggi.Muka boleh tahanlah tapi kurang budi bahasa.Kami ni orang tua hanya pentingkan kebahagiaan anak-anak.Dulu masa kau mengadu Rina tinggalkan kau,ayah rasa bersyukur kerana ayah dan mak berhasrat nak kahwinkan kau dengan Shafikah.Dia pun yatim piatu.Sepanjang yang ayah kenal dia,Shafikah itu memang baik.Masa dia kerja di kilang ayah dulu pun,ayah perhatikan dia seorang yang gigih,tak jemu berusaha.Kau pulak sia-siakan dia dengan kahwin lain,"kata Encik Arif dengan nada kesal.

"Tapi Ika benarkan saya kahwin dengan Rina.Memang saya sayangkan Ika tetapi Rina yang terlebih dahulu saya cinta.Memang Ika telah banyak berkorban untuk saya tetapi saya rasa hidup saya perlukan cinta.Bila Rina tinggalkan saya,saya rasa seluruh kehidupan saya gelap.Kehadiran Ika hanya pengisi hidup saya.Saya tak cintakan dia tetapi saya sayangkan dia,"luah Azhari mempertahankan dirinya.

"Mak pun tak tahu nak cakap apa lagi kerana mak rasa Shafikah itu sangat padan dengan kau.Tetapi bila kau buat macam ni,mak rasa kecewa dengan kau.Mak bersalah kerana membiarkan Shafikah berkahwin dengan kau.Sekurang-kurangnya mak masih dapat berjumpa dengan Shafikah.Kini dia dah tiada,mak rasa sunyi kerana tiada sesiapa nak melayan dan temankan mak lagi,"ujar Puan Kalsom.

"Yelah mak,saya pun menyesal.Saya suruh dia berhenti kerja supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian pada rumah tangga.Hidupnya hanya di rumah ini dan rumah mak.Dia tak ramai kawan,saudara mara pun semuanya jauh diperantauan.Saya pun tak tahu nak cari dia lagi di mana?"Azhari menundukkan mukanya.Dia kesal dengan sikapnya yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang hati Shafikah.

Encik Arif hanya melihat anak dan isterinya.Dia pun tidak tahu nak cari Shafikah dimana lagi.Johor Bahru ni pun dah cukup besar.Belum cari satu Malaysia lagi.Azhari pun dah pergi ke merata-rata tempat.Kelantan,Penang,KL, dan boleh kata seluruh Semenanjung Malaysia ni mereka anak beranak telah pergi demi mencari Shafikah.Tetapi Shafikah tetap tidak ditemui.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shafikah sedang menelaah di library dengan Akma.Tetapi Akma sedang berada di kafeteria.Lapar katanya.Tiba-tiba,bunyi hentakan buku dihadapannya.Shafikah mengangkat mukanya perlahan-lahan.Dilihat dihadapannya Farah dengan muka merah padam sedang merenung tajam ke arahnya.

"Hei perempuan.Kau dengar sini baik-baik.Berani kau berbaik-baik dengan Adli.Disebabkan kau Adli taknak berjumpa dengan aku lagi.Muka takdelah lawa sangat.Ape yang Adli pandang kat kau pun aku tak tau.Pakai tudung plak tu! "kata Farah dengan nada mengejek.

Shafikah hanya memandang sahaja muka Farah.Malas mahu dilayan perempuan tu.Bukan aku ada apa-apa hubungan dengan Adli.Buat apa aku nak layan.Biarkan saja perempuan ni.Dah penat cakap nanti,dia pergilah tu.Tetapi dia hanya bercakap dalam hati.

"Shafikah,aku bagi kau warning,kalau aku nampak lagi kau dengan Adli,taulah apa nak aku buat.Perempuan tak sedar diri!Kalau dah tak laku buat cara tak laku, tunang orang pun kau nak rampas.Macam dah takder orang lain," Farah terus berlalu selepas mengucapkan kata-kata hinaan kepada Shafikah.

Shafikah hanya terdiam.Terperanjat dengan kata-kata Farah itu.Aku yang tak sedar diri ker dia yang terlupa siapa dirinya.Dahlah datang tak diundang.Marah tak pasal-pasal.Aku taulah dia tu tunang Adli.Tapi itukan hak Adli,nak berkawan dengan siapa sahaja. Mungkin Farah tidak tahu sebenarnya Adli adalah adik iparnya.Shafikah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dan terus menyambung pembacaannya yang terganggu dengan serangan daripada Farah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika duduk di bangku rehat yang menghadap tasik universiti.Shafikah teringat kata-kata Adli minggu lepas.

"Adli rasa nak putus tunanglah," kata Adli perlahan sambil tangannya melontar sebiji batu ke dalam tasik.

"Hah!Kenapa?Korang kan dah lama kawan.Baik Adli fikir baik-baik.Adli patut bagi peluang pada Farah.Mungkin dia tak menyedari kesilapannya yang terlalu mengongkong Adli.Hai,siapa tak sayang tunang,"nasihat Shafikah.

Adli selalu mengadu padanya Farah dah lain sekarang.Dahulu sebelum mereka belum bertunang,Farah dirasakan serasi dengannya.Tidak cemburu buta,penyayang dan paling penting memahami serta menerima dirinya seadanya.Farah anak tunggal.Mungkin dia biasa dimanjakan.Tidak boleh salahkan Farah seratus peratus,Farah tidak tahu apa hubungan Adli dengan Shafikah.Kalau orang lain di tempat Farah pun akan melakukan perkara yang sama.

"Tapi dia lain lah sekarang Fikah.Semua dia nak tau.Kadangkala lepak-lepak dengan member pun dia tak bagi.Hak privacy Adli pun dah tak jadi privacy.Sometimes, kita perlukan masa untuk bersendirian.Takkan setiap masa nak bersama dengan dia je.Adli pun nak berkawan juga.Nak buat study group kalau ada sorang perempuan jadi ahli kumpulan pun dia marah.Jalan dengan member perempuan nak pergi kuliah pun,boleh buat kami bergaduh berhari-hari.Ishh,Adli dah tak tahan lagi, Fikah,"kata Adli dengan emosi.Mukanya nampak merah lepas menuturkan kata-kata itu.

Shafikah tau Adli marah dan kecewa tetapi Adli perlu tahu Farah berbuat demikian kerana sayang.Cemburukan tandanya sayang.Tetapi cemburunya tidak bertempat. Rasanya kalau diperjelaskan sebaik-baiknya masalah yang melanda hubungan mereka,rasanya masalah akan selesai.

"Fikah tahu,Adli kan pernah cerita.Tapi maybe dia takut kehilangan Adli.Sebab tu dia buat macam tu.Adli kan handsome.Manalah dia tak risau.Lagi Adli dengan Farah kan dah bertunang.Sebab tu dia bimbang Adli cari lain,"pujuk Shafikah lembut.Berharap agar Adli termakan dengan kata-katanya.

"Entahlah Fikah,Adli pun tak tahu nak buat macam mana.Hati memang sayang tetapi kalau kepercayaan dia terhadap Adli dah hilang.Adli rasa tiada gunanya kami meneruskan hubungan ini.Adli bimbang kalau cemburunya itu melarat,nanti entah siapa-siapa yang diserangnya.Adli dah cuba mengelakkan diri daripada bercakap dengan budak perempuan lain.Tetapi mereka yang minta tolong daripada Adli.Takkan Adli nak tolak kot,kita kan sama-sama belajar.Apa yang kita tahu tuh,kongsiler dengan member-member.Barulah dapat keberkatan ilmu,"jelas Adli.

Shafikah hanya mendiamkan diri.Kalau Farah tidak sanggup berkongsi Adli dengan perempuan lain tetapi lain bagi dirinya,demi Azhari dia rela berkongsi kasih dengan Rina.Susah untuk memahami hati sesama perempuan.Benarlah kata orang,rambut sama hitam hati lain-lain.Mungkin Adli tidak akan berfikir panjang jika dia mengetahui Farah telah menyerang dirinya tadi.Dia selalu memikirkan tentang orang lain tetapi dirinya yang dalam kesedihan tiada siapa ingin berkongsi dengannya kecuali Akma.

Bila mengingatkan Azhari,seketika dirinya hanyut di lautan sendu.Arghh..aku perlu tabah demi mengharungi hidup ini,kata hatinya.Tetapi aku rindukannya.Dia suami aku.Hati dan cintaku hanya miliknya biarpun dia menduakan ku.
Shafikah terus terpaku di bangku depan tasik,melayari kisah lampau hidupnya.

Cinta Jangan Kau Pergi 1

Selepas meletakkan buku dan beg sandangnya di atas meja belajar,Shafikah terus berbaring di atas katilnya.Penatnya tak terkata.Berebut tempat duduk dalam bas saja sudah membuatkan dia letih.Tapi dia memang suka dengan keadaan itu,boleh melihat ragam manusia dan pemandangan di kiri kanannya.Fuh kalau dapat tido sekejap ni pun jadi lah..tapi bila dia ingin melelapkan mata sahaja,dia terbayang assignment yang baru di beri oleh Dr.Nurul.Tarikh kena hantar lusa..fuh gila betul belajar dengan pensyarah ni;selalu bagi dateline 2 hari jer.Nasib baik dia memang suka melepak di library.,Kalau tak susah jugak nak cari bahan untuk assignment kali ini.Seketika dia menoleh ke katil sebelahnya.Rapi berkemas.Akma,roomatenya masih belum pulang dari kuliah.Hm,terasa bosan pula bila Akma tiada.Selalunya mulutnya riuh bercerita membuatkan bilik mereka itu tidak dicengkam kesunyian.Dalam hati dia bersyukur dikurniakan roommate seperti Akma.Akma banyak menyimpan kisah suka duka hidupnya.Sebenarnya,Shafikah adalah isteri orang.Tetapi disebabkan beberapa perkara,dia merasakan perkahwinannya terpaksa berakhir.Sejenak dia teringat suaminya,Azhari.Kemungkinan sedang berbahagia dengan isteri keduanya iaitu madunya.Dia lari meninggalkan rumah.Dia tahu berdosa meninggalkan rumah tanpa izin suami,tapi apakan daya..dirasakan tembok kesabarannya telah lama runtuh setelah mengetahui Azhari kahwin lain.Walaupun dia mengizinkan tapi hakikatnya dia rela dalam terpaksa.Dia sangka hatinya akan tabah menerima tetapi hakikatnya hatinya telah lama terluka.Dia rela dimadukan kerana dia cintakan Azhari.Bahagia Azhari,bahagialah dirinya.Walaupun dia tahu Rina adalah bekas kekasih Azhari,tetapi dia dan Azhari akhirnya bersatu dalam perkahwinan.Sehinggalah pada suatu hari,Rina kembali dan Azhari meminta izinnya untuk menikahi Rina.Semoga Azhari berbahagia.Dia tidak mahu menjadi batu penghalang di antara Azhari dan Rina.Selama 5 bulan usia perkahwinan Azhari dengan Rina,beberapa hari sahaja Azhari tidur di rumahnya.Dia yang tidak tahan dengan keadaan itu berkeputusan untuk berlalu dari hidup Azhari.Kebetulan dia memang sebatang kara.Ibu bapanya telah lama meninggal dunia akibat nahas kapal terbang sewaktu balik dari mengambil abangnya di London.Jika dia membawa diri pun tiada siapa pedulikannya.Mujur juga dia terfikir untuk melanjutkan pelajaran bagi mengelakkan dirinya daripada berfikir yang bukan-bukan tentang kecurangan Azhari terhadapnya.Nasibnya agak baik,permohonan untuk melanjutkan pelajaran selepas Azhari memadukannya berjaya.Lalu jadilah dia penghuni kampus di negeri Sabah ini.Perlahan-lahan bahunya diraih dari belakang.Akma segera memeluk Shafikah.Air mata Shafikah segera di sapu.Shafikah pun tidak sedar sewaktu Akma masuk ke bilik tadi.Astagfirullah..jauhnya aku mengelamun,Shafikah segera meraup mukanya."Nilah yang aku tak suka kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang.Mesti mengenangkan jantan tuh.Dahlah Ika,buang masa kau jer mengenangkan lelaki tu.Takde punya dia menderita ingatkan kau.Dia kat sana sedap peluk bini baru.Yang kau pulak tertonggeng-tonggeng,kurus kering macam ikan kering rindukan dia;ujar Akma sambil mencebik.."Dah dia yang aku cinta.Mestilah aku menderita bila jadi macam ni.Anyway terima kasih Akma.Aku rasa kalau tanpa dorongan dan semangat yang kau berikan pada aku,mesti aku tiada lagi di dunia ini,"kata Shafikah dengan suara serak.Memang benar,kalau dia tak berjumpa dengan Akma,pastinya dia tidak lagi berada di kampus ini,menimba ilmu demi melupakan keperitan hidupnya.Dia pernah terfikir untuk mati lantaran hidupnya memang yatim piatu."Hm.Sudahle tu,kau nampak tak comel kalau nangis macam ni,"pujuk Akma lagi."Dah aku memang tak comel,aku cantik jer;"gurau Shafikah mahu mengenakan Akma.Akma terus mencubit paha Shafikah.Air mata yang mengalir di pipi halus Shafikah disekanya sekali lagi."Perasan.Cantik lagi aku.Hi hi,"kata Akma."Aku sayangkan kau ,Akma.Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.Budi baik kau rasanya tak termampu aku nak membalasnya,"kata Shafikah seraya memeluk Akma."Kau janganlah cakap macam tu.Itulah fungsi kawan.Tolong menolong.Takde susahnya tolong kau ni.Tak usahlah kau nak berkira dengan aku."Akma merungkaikan pelukan Shafikah tanda tidak senang hati dengan kata-kata Shafikah tadi."Hm.Aku minta maaf kalau buat kau terasa.Walau macam mana pun aku nak ingatkan kau yang aku memang tak mampu nak balas budi baik kau..Dahlah Akma,janganlah perkarra ni..kau bermasam muka dengan aku..Kau kan tahu aku sayangkan kau,"kata Shafikah memujuk."Ok!Ok!Aku mengalah tapi kau kena janji dengan aku jangan ungkit lagi hal ini ok..Sebagai balasan pasal aku tak merajuk lagi kau kena belanja aku,"tegas Akma dengan muka serius."Hm,yelah-yelah.Takut aku tengok muka kau yang serius tuh.Macam manalah si Aidil tu boleh terpikat kat kau..Kalau tengah serius,dari jauh sebatu pun boleh nampak muka masam kau tuh..Macam ni ,lawa lagi aku.Shafikah terus mengusik Akma."Apa plak kena mengena ngan Aidil plak..Dia tak terlibat dengan muka serius aku tuh yek.Banyak cekadak kau,konon-konon tuh supaya aku tak ingat ler janji kau kena belanja aku tuh,"kata Akma mencubit pipi Shafikah."Ko nih..takder tempat lain nak cubit.Habis jatuh saham aku..Lama-lama pipi aku nih jatuh ke bawah.Lantas mereka berdua terus tergelak.Rawan di hati Shafikah semakin menghilang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azhari menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Fail di hadapannya hanya direnung kosong.Sekosong hatinya sekarang.Hatinya rindu pada Shafikah.Rindu dihatinya mahu diluah tetapi empunya diri tidak diketahui dimana.Azhari menyesal kerana melukakan hati Shafikah.Dia mengutuk dirinya kerana tidak berfikir panjang semasa membuat keputusan untuk mengahwini Rina.Memang sejak dulu hidupnya sentiasa dihantui dengan bayang-bayang Rina.Sudah acapkali dia berpisah dengan Rina.Sampai satu masa apabila dia mengenali Shafikah,dia merasakan hidup dan matinya hanyalah untuk wanita itu.Tetapi bila Rina muncul kembali dalam hidupnya,dia merasakan ada semangat baru yang tumbuh dalam dirinya.Dia jatuh cinta semula pada Rina.Lantas dia mengusulkan agar mereka berkahwin.Dia lupa pada Shafikah yang setia padanya.Dia lupa pada cinta,kasih sayang dan semua yang dimiliki oleh Shafikah.Alangkah kejamnya dia.Azhari meraup mukanya berkali-kali.Kini dia menyesal.Menyesal kerana mengabaikan Shafikah.Rina seorang isteri yang baik tetapi perilakunya sangat kasar.Rina tidak mampu memberikan ketenangan padanya.Balik dari pejabat,Rina masih belum pulang lagi.Kadangkala,walaupun Rina ada di rumah,nak melayannya yang keletihan jauh sekali.Nak meminta segelas air pun pun boleh menyebabkan Rina tidak menegurnya berhari-hari.Sewaktu Shafikah masih ada dulu,Rina melarang dia ke rumah Shafikah.Kalau nak pergi pun kena sorok-sorok.Rina sering mengugut mahu meninggalkannya kalau dia pergi berjumpa Shafikah.Kini bukan Rina yang pergi meninggalkannya tetapi Shafikah.Dia menangis ketika membaca surat yang ditinggalkan Shafikah di atas meja di tepi televisyen.Dia menyesal kerana terlalu mengikut kata-kata Rina.Sangkanya jika Rina meninggalkannya,hidupnya akan menderita.Tetapi kini dia mengetahui bahawa cahaya hidupnya adalah Shafikah.Kini bila Shafikah sudah tiada,dia tidak dapat lagi menatap senyuman milik wanita itu.Ika,di mana kau berada sayang?Abang rindu.Abang rindu segalanya yang menjadi milikmu.Ika,tahukah sudah puas abang mencarimu di merata tempat.